SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi pada Isnin lalu yang mengarahkan laporan audit dan perjanjian konsesi air antara kerajaan pusat, negeri Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) didedahkan kepada umum.
Mengikut perjanjian yang ditandatangani pada 15 Disember 2004, laporan dan audit konsesi tersebut adalah ‘rahsia’ dan hanya boleh dibuka untuk tatapan umum jika semua pihak bersetuju.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ekoran keputusan itu, rakyat Selangor boleh menilai sendiri perjanjian konsesi yang telah dipersetujui oleh pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini.
“Tarif air bergantung kepada harga perjanjian konsesi. Jika perjanjian itu berat sebelah kepada syarikat konsesi, maka rakyat perlu membayar tarif yang tinggi.
“Oleh itu, keputusan mahkamah supaya dokumen konsesi dan laporan audit didedah kepada umum akan memberi manfaat besar kepada rakyat Selangor kerana mereka boleh membuat penilaian sama ada perjanjian ini adil atau tidak adil kepada mereka,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Kata beliau, pihaknya mengganggap keputusan mahkamah ini sebagai dorongan dan
membuka jalan yang lebih luas kepada usaha-usaha untuk mengambil alih pengurusan industri air di Selangor.
Abdul Khalid menambah, pendedahan dokumen konsesi tersebut juga akan membantu pihaknya meneruskan bantahan terhadap usaha-usaha syarikat konsesi menaikkan tarif air.
Menurutnya, siri perbincangan dengan syarikat konsesi dan kerajaan Pusat untuk menyelesaikan proses pengambilalihan operasi air di Selangor ketika ini sudah berada di peringkat akhir.
"Rundingan ini akan dapat diselesaikan jika semua pihak memberi kerjasama," ujarnya lagi.
Sehubungan itu, Menteri Besar menyeru Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui memberi kerjasama kepada pihaknya dalam rundingan itu.
"Rakyat Selangor dan Lembah Klang akan mendapat banyak manfaat jika rundingan pengambilalihan industri air dapat diselesaikan dengan segera," tambah beliau.
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan1 week ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
-
▼
2010
(2607)
-
▼
June
(251)
-
▼
Jun 29
(7)
- Bekas penjaga gol Singapura didakwa subahat pecah ...
- Selangor Sambut Baik Keputusan Mahkamah Dedah Lapo...
- Khalid Ibrahim: Seorang Jaga Negeri, Seorang Lagi ...
- Mengapa kerusi Tian Chua tidak lucut? Hakim Beri P...
- Pasukan Pilihanku Membelasah Chile 3-0
- Kematian Mohammad Naim: Seorang Pelajar Maktab Ten...
- 'Hosni ulama tak diundang Umno' Fathul Anak Bekas ...
-
▼
Jun 29
(7)
-
▼
June
(251)
0 comments:
Post a Comment