
Orang ramai, pimpinan dan berpusu-pusu menziarahi jenazah allahyarham Ustaz Hassan Shukri di kediamannya
Pada jam lebih kurang pukul 5 petang tadi saya dan Ketua Cawangan Sdr Khairi bertolak ke rumah Allahyarham Ustaz Hassan Shukeri walaupun berita pemergian Allahyarham telah saya ketahui seawal jam 2 petang tadi namun dek kerana beberapa perkara saya terpaksa turun sejurus menunaikan solat Asar.
Ketika dalam perjalanan saya masih lagi dihubungi oleh teman-teman khusunya dari Sabak Bernam yang bertanyakan perihal jenazah hendak dikebumikan dimana namun saya jawab saya kini sedang dalam perjalanan ke rumah Allahyarham dan akan memberikan maklumat secepat mungkin. Kami tiba agak lewat kerana waktu itu adalah waktu puncak dan kami terkandas di jalan Tun Razak hampir 1 jam namun begitu Al-Hamdulillah sampai pada jam 6.55 petang dan terus masuk ke rumah Allahyarham.

Ketika kami sampai keadaan dirumah allahyarham agak lengang kerana waktu itu menjelang Maghrib dan kami dipersilakan masuk oleh anak Allahyarham. Di dalam rumah saya dapati Ust Nasir Yusof Tim YDP PAS Puchong, YB Shaari Sungib, Fauziah Salleh dan ramai lagi sedang membaca Yassin. Kami pun terus pergi menatap sekujur tubuh insan yang bernama Ust Hassan Shukeri sambil membaca doa.
bagaimana sehari sebelum perasmian penuh Muktamar baru-baru ini ketika beliau sedang sibuk menyusun kerusi untuk Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan TG Hj Hadi serta Timbalan Presiden, beliau telah ditegur oleh Allahyarham Ust Hassan Shukeri apabila pada awalnya beliau menyusun kedudukan Presiden PAS bersebelahan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang dan kedudukan Timb Presiden hanya bersebelahan dengan Lim Kit Siang namun kedudukan itu tidak sesuai pada pandangan Allahyarham kerana Ust Nasa sebagai Timb Presiden mesti duduk di sebelah Presiden kerana mudah bagai Presiden jika ingin bertanyakan sesuatu maka kedudukan itu diubah semula seperti yang diajarkan oleh Allahyarham dan seperti yang kita saksikan pada majlis perasmian tersebut.Itulah pengajaran terakhir yang saya dapat dari Allahyarham ujar Dato' Takiyuddin kepada kami.
Dari Blog Sahabat: (MRK albanjari)
Allahuakbar!
ReplyDeletePejuang yang tidak pernah padam semangat...
Namamu tercatat dipersada jamaah Islam PAS..dikutip anak cucu bagi meyambung tugasmu..hingga menang atau syahiid...