Harga Minyak Melonjak Naik....

images

NEW YORK :Harga minyak melonjak di pasaran semalam kerana pasaran khuatir cuaca buruk di Laut Carribean yang mengancam berkembang menjadi badai di kawasan penghasil minyak Teluk Mexico.

Kontrak berjangka utama New York, minyak mentah "light sweet" untuk pengiriman bulan Ogos, melonjak menjadi US$78,86 setong, naik US$2,35 dari ditutup pada hari Khamis.

Di London, minyak mentah "Brent North Sea" untuk pengiriman Ogoss melambung US$1,65 menjadi mantap pada US$78,12 setong.

"Pengaruh terbesar adalah benar-benar perkiraan cuaca untuk gelombang tropika yang terjadi di Caribbean dan apakah mereka akan berkembang menjadi badai dan akhirnya angin taufan minggu depan," kata Andy Lipow dari Lipow.

Pasaran terus mengawal ketat tanda-tanda badai tropika yang dapat menimbulkan malapetaka kerosakan di perusahaan-perusahaan minyak yang beroperasi di Teluk.
"Itu boleh memberi kesan pada pengeluaran minyak," kata Lipow.

Cuaca buruk dapat memengaruhi minyak mentah yang dihasilkan di luar pantai Mexiko atau, jika badai menuju ke arah utara pantai Louisiana, itu akan memberi pada pengeluaran minyak di AS, katanya.

Analis JPMorgan Chase mencatat bahawa jika sistem tekanan rendah berkembang menjadi siklon tropika ini kemungkinan besar akan mengganggu operasi untuk mengangkut dan membersihkan tumpahan minyak BP, dan mungkin mengurangkan pengeluaran.

Badai tropika pasti akan mengganggu usaha mengatasi tumpahan minyak BP, dan itu cukup kuat, badai mungkin boleh mengganggu pengeluaran minyak dan gas di Teluk Mexico," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.