SHAH ALAM, 30 Jun: :Lima buah bas yang membawa peneroka Felda dengan beberapa buah trak polis menyerbu pejabat akhbar PKR, Suara Keadilan (SK) petang ini ekoran laporan muka depan akhbar itu, 'Felda bangkrap' sebelum ini.
Editor online SK, Fadli Osman berkata, kira-kira 200 yang mendakwa peneroka Felda itu sedang berkumpul di perkarangan pejabat mereka di samping beberapa trak polis.
"Tapi saya rasa mereka orang Umno ni," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily dari peiabatnya.
Menurut kakitangan SK yang berada di Parlimen, mereka menerima panggilan dari pejabat mereka, beberapa buah kereta peronda dan trak polis berada di bawah pejabat mereka di Shah Alam sekarang ini.
"Hanya seorang dua sahaja berada di pejabat sekarang dan kami perlu balik segera," kata seorang wartawan SK yang ditemui di Parlimen.
SK sebelum ini melaporkan berita bertajuk 'Felda bangkrap' di muka depannya. Ekoran itu, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, SK dan beberapa pihak lagi akan disaman ekoran laporan itu.
Pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengeluarkan lesen untuk SK telah memanggil editor akhbar rasmi PKR itu beberapa hari lalu dan keputusan dikatakan akan dibuat hari ini berhubung dengan status akhbar itu.
"Saya dimaklumkan, KDN akan membuat keputusan hari ini tentang permit SK," kata Fadli kepada Harakahdaily.
- Harakahdaily
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan1 week ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
-
▼
2010
(2607)
-
▼
June
(251)
-
▼
Jun 30
(20)
- Dramatis Juhara Ayub, Pelakon Terkenal Kemalangan ...
- Datuk Zaid Akui Jumpa Raja Petra & Isteri di Londo...
- MP Bebas Dakwa Datuk Zaid Menginap di Hotel Yang S...
- Dua ADUN PR Selangor Diarah ke SPRM Putrajaya Esok
- Suara Perkasa: Tahan Ka Siong bawah ISA
- SPRM siasat 'komisyen' beli Scorpene kepada Razak ...
- Fantastic Hotel
- Gempar... Pejabat Akhbar Suara Keadilan Diserbu...
- Pegawai SPRM tidak akan dihantar ke London rakam k...
- Salah Maklumat, Nazri Pohon Maaf di Parlimen
- PAS mahu guna gandingan Azmin hadapi PRU-13
- Usah dakwa ‘doktrin’ Asri pengaruhi JI, kata ulama...
- Dr M: Abdullah, bukan Najib tolak bina jambatan
- Pelakon Popular 'Winter Sonata' Bunuh Diri
- Aduan SPRM dibuat ke atas Taib Mahmud : Punyai Emp...
- Empat ADUN PKR Selangor Akan Mengosongkan Kerusi? ...
- Suara Perkasa lahir esok, nasib Suara Keadilan jad...
- Jangan jadikan Felda senasib Sime Darby
- PKA minta LHDN batal surat arahan bayar cukai
- KDN keluar 10 surat teguran kepada akhbar
-
▼
Jun 30
(20)
-
▼
June
(251)
0 comments:
Post a Comment