Liwat 2008: 4 Calitan Kapas Yang Diambil dari Lurah Dubur Saiful Menunjukkan Wujudnya Air Mani

Peguamcara II , Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwa dalam kes liwat ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Mahkamah Persekutuan hari ini bahawa empat calitan kapas yang diambil menunjukkan wujudnya air mani.

Sambil merujuk buku 'Forensic Medicine for Lawyers', Yusof berkata penemuan spermatozoa pada calitan kapas yang diambil dari kawasan lurah dubur ataupun mucosa dubur membuktikan tindakan liwat berlaku.

Katanya lagi, kehadiran bahan pelinciran dan spesimen DNA daripada dua lelaki dari empat calitan kapas di dubur memperkuatkan lagi hujahnya bahawa kemasukkan memang berlaku.

"Ini yang apa doktor cuba buktikan, kita akan panggil doktor bagi menjelaskan berhubung calitan kapas iru,” kata Yusof.

Peguam pembela Karpal Singh sebelum itu berhujah bahawa tiga doktor dari Hospiotal Kuala Lumpur berkata tiada penemuan klinikal yang konklusif bagi membuktikan bahawa berlaku tembusan di dubur atau rectum.

Selain itu, kata Karpal, tiada tanda-tanda mempertahankan diri terdapat di tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan,.

Jika tidak ada kemasukkan, maka bagaimana ia boleh menjadi satu jenayah?” soal Karpal.

"Kehadiran sperma mencadangkan bahawa bukti berkenaan dirancang. Secara logik, doktor berkata tiada kemasukkan.

"Jika ini benar, bagaimana sperma boleh wujud?” soal Karpal lagi.

Selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak, panel tiga anggota Mahkamah Persekutuan itu sebulat suara memutuskan pertuduhan liwat terhadap Anwar kekal dan menolak rayuan terakhirnya itu.

Panel yang dianggotai oleh Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria, hakim James Foong dan hakim Mahkamah rayuan, Suriyadi Halim Omar memutuskan perbicaraan penuh perlu diteruskan meskipun mendapat bantahan daripada pihak pembelaan.

Anwar diwakili oleh peguam Karpal Singh, manakala Peguamcara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden mengetuai pihak pendakwa.

Dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu, perbicaraan akan diteruskan pada Isnin ini dengan soal balas ke atas Mohd Saiful.

Anwar, 62, didakwa melakukan kesalahan itu di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 26 Jun, 2008.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.