Lesen Judi: Dua mufti sudah terima memo PAS - DPP Pas Pusat

Pemuda PAS berjaya menyerahkan memorandum kepada mufti di dua negeri supaya pakar agama itu memainkan peranan dalam isu pemberian lesen judi bola sepak.

Setakat ini, dua mufti negeri-negeri - Johor dan Kedah - sudah menerima memorandum tersebut semalam.

"Pada 25 Mei (semalam) pemuda PAS negeri telah menghantar memorandum kepada mufti Johor (Datuk Mohd Tahrir Shamsuddin) mengenai desakan bantahan judi bola sepak," Ketua Pemudanya Nasrudin Hassan.

Di Kedah pula, ketua pemuda negeri Ahmad Yahaya baru sahaja menyerahkan memorandum bantahan yang sama kepada pejabat mufti petang ini.

Diiringi ahli parlimen Padang Terap Nasir Zakaria, Ahmad berkata morandum tersebut diserahkan melalui timbalan muftinya Syeikh Marwazi Dziyauddin.

Sementara tarikh serahan di negeri-negeri lain setakat ini masih belum diketahui.

Malaysiakini difahamkan kesemua Pemuda PAS negeri diarahkan menyerahkan memorandum bantahan kepada pihak mufti negeri masing-masing sebelum Julai ini.

Sementara itu, Nasrudin menjelaskan pihaknya merangka kempen menyeluruh bagi membantah pemberian lesen judi, termasuklah mengadakan forum, ceramah dan penganjuran "perlawanan bola sepak bertemakan antijudi".

"Saya akan buat senarai untuk sesi jelajah (kempen)," katanya kepada Malaysiakini semalam.

Tarikh program tersebut belum ditetapkan kerana ia masih dalam peringkat perancangan.

Katanya menjelang perhimpunan besar mereka pada 3 Julai ini, Pemuda PAS juga akan menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.