Setelah Lebih 50 tahun jadi PENUNGGU Akhirnya 108 Penduduk Dapat Tanah Setelah



HULU BERNAM 4 Apr - Seramai 108 penduduk di Hulu Bernam bersyukur dan mampu tersenyum apabila mendapat hak pemilikan tanah dari kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor setelah lebih 50 tahun menunggu di bawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional.
Majlis penyerahan borang 5A premium pemilikan tanah kepada penduduk bertuah tersebut disampaikan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim di Kampung SKC Jaya, Hulu Bernam, Hulu Selangor petang semalam.

Bercakap kepada sidang media selepas majlis itu, Khalid berkata penduduk berkenaan menerima pemilikan tanah menerusi usaha bersungguh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor selepas gagal dilakukan Umno yang telah 50 tahun mentadbir negeri itu.

"Sekarang mereka yang membeli borang 5A adalah sah pemilikan tanah mereka. Dulunya mereka hanya duduk di tanah tersebut dengan hanya mendapat lesen TOL yang sebenarnya tak mempunyai hak dan terpaksa diperbaharui dari setahun ke setahun.

"Oleh sebab itu kita telah mengadakan satu program menentukan mereka yang duduk 15 tahun ke atas di kawasan tersebut kita beri peluang mereka untuk memiliki tanah. Borang 5A ini sangat penting bagi menentukan mereka mempunyai hak ke atas tanah kediaman mereka," kata Khalid.

Turut hadir pada majlis itu ialah beberapa Exco termasuk Yaakob Sapari, Rodziah Ismail, Dr Halimah Ali, Dr Xavier Jayakumar, Teresa Kok, Ronnie Liu dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Hadir sama ialah Bendahari KEADILAN Cabang Hulu Selangor, DSatuk Dr Halili Rahmat serta Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Selangor, Syed Shahir Syed Mohamud.

Dalam majlis itu, Khalid turut menyampaikan sumbangan skim usia emas kepada seramai 73 penerima dari tiga kawasan Dewan Undangan Negeri di Hulu Selangor.
Menurut Menteri Besar, skim khairat kematian yang diwujudkan khusus untuk membantu keluarga warga emas dan golongan kurang Upaya (OKU) yang meninggal dunia tanpa mengira kaum dan fahaman politik.
"Program ini terbuka kepada semua rakyat Melayu, Cina dan India dan dapat meringankan beban mereka dalam usaha pengkebumian dan menolong waris keluarga supaya dapat mengendalikan pengkebumian dan bayaran yang berkaitan.

Beliau juga turut mengumumkan pelonggaran syarat Tawas di mana ibu bapa yang telah menetap lima tahun di Selangor dan melahirkan anak di luar Selangor turut berpeluang menikmati progam berkenaan.
"Kita dapati ramai ibu yang melahirkan anak mereka di kawasan Hulu Bernam, yang menggunakan klinik dan hospital di Perak. Jadi sekiranbya anak itu lahir di hospital Perak dan mengikut syarat sebelum ini ibu bapa mesti seratus peratus rakyat Selangor.

"Tetapi oleh kerana mereka hanya duduk 5 hingga 10 tahun di Selangor, dikatakan syarat yang kita buat dulu tidak layak. Tetapi sekarang semua ibu baapa yang bermastautin lima tahun ke atas, mereka boleh mendaftar anak mereka memasuki Tabung Warisan Anak Selangor. Ini beerti mereka tidak perlu bersusah menentukan anak mereka lahir di mana tetapi ibu bapa yang bermastautin di Selangor.

"Cara yang terbaik ialah mereka mendapatkan kepastian dan surat pengesahan dari penghulu atau pejabat daerah," tambah beliau lagi.

Program turun padang di Hulu Selangor telah dirangka sejak beberapa bulan lepas dan akan diperhebat menjelang pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April nanti kata Khalid.

Oleh Rusnizam Mahat - SK

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.