SAH SEPERTI YANG TELAH DIJANGKA... DATUK ZAID CALON HULU SELANGOR



Oleh Dzulkarnain Taib

SERENDAH 13 Apr - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini mengumumkan Datuk Zaid Ibrahim secara rasmi sebagai calon Pakatan Rakyat akan mewakili gagasan itu dalam pilihan raya kecil P094 Parlimen Hulu Selangor 25 April depan sambil menyifatkan beliau telah 'diuji'.

Pengumuman yang dibuat tepat pukul 10.58 malam di Dewan Komuniti Serendah dihadapan lebih 5,000 penyokong Pakatan Rakyat yang telah menunggu dengan sabar sejak pukul 8 malam sekaligus menamatkan spekulasi media mengenai calon yang diplih bagi bertanding tersebut.

Anwar yang memulakan ucapan beliau pada pukul 10.45 malam membuat pengumuman itu Anwar berkata keputusan memilih Zaid dibuat setelah pucuk pimpinan KEADILAN bemesyuarat serta menyaring kesemua calon yang layak secara teliti.

"Zaid adalah seorang yang istimewa kerana belum ada dalam sejarah negara seorang Menteri sanggup berhenti kerana hendak pertahankan hak rakyat berbanding dengan pemimpin Umno yang merangkak cium tangan pemimpin sebab nak jadi menteri.

"Zaid ini degil pertahankan prinsip, beliau tidak boleh terima bila kerajaan guna undang-undang rakus tindas rakyat. Beliau kata,'enough is enough, here's my resignation letter'. Hari dia letak jawatan hari yang sama juga saya adakan pertemuan sulit dengan dia. Saya kagum beliau tunjuk semangat korban untuk rakyat.

"Beliau menjelajah keseluruh negara, dia beritahu saya samada dia dipilih atau tidak dipilih sebagai calon beliau tetap berkempen untuk parti.

"Beliau sebagai peguam tinggal di Selangor selama lebih 30 tahun dan rekod beliau sebagai Ahli Parlimen Kota Bahru dia jaga kawasan dengan baik, saya pasti beliau akan memberi khidmat jauh lebih baik kepada rakyat dan saya minta sokongan dan mandat kepada dia.

"Bila Umno ketahui kita akan calonkan Zaid mereka adakan mesyuarat tergempar petang tadi. Saya tidak kira Palanivel atau orang lain atau Umno kita akan pertahankan semangat juang untuk membawa perubahan. Zaid akan wakili semua masyarakat Melayu, Cina, India dan Orang Asal di Hulu Selangor," kata Anwar semasa memperkenalkan Zaid.

Turut hadir Majlis Pengumuman Calon Pakatan Rakyat termasuk Presiden KEADILAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden KEADILAN, Dr Syed Husin Ali Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden DAP, Dr Tan Seng Giaw.

Dalam ucapan sulungnya sebagai calon Pakatan Rakyat, Zaid berkata beliau amat memahami masalah rakyat Selangor.

"Saya bersyukur diberi kepercayaan menjadi calon bagi Pakatan Rakyat dan saya terharu kerana saya tahu saya ahli parti yang baru tetapi inilah pengorbanan kawan-kawan di Hulu Selangor, kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor dan pucuk pimpinan KEADILAN yang beri peluang kepada saya. Saya rakamkan penghargaaan kepada mereka dan saya terima amanah ini dengan penuh kesedaran dan keinsafan. Beban yang dipikul oleh pimpinan adalah berat saya mahu sama-sama pikul beban itu supaya kerajaan yang zalim ini kita atasi.

"Saya bukan orang luar, saya sudah bermastautin lama di Selangor dan saya tahuu masalah orang Selangor dan Hulu Selaqngor, orang miskin, nasib peneroka Felda. Negara kita kaya tapi kerana tamak tidak cukup untuk rakyat. Dengan sokongan rakyat saya boleh jadi suara di Hulu Selangor," kata Zaid dalam ucapan ringkas beliau.

Zaid adalah bekas Menteri Undang-undang di bawah pentadbiran mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.Bagaimanapun beliau meletak jawatan pada 16 September 2008, kerana beranggapan gagal memperkenalkan beberapa dasar baru dalam sistem perundangan selain kecewa dengan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang pada anggapannya sudah disalah gunakan.

Zaid kemudiannya memilih KEADILAN sebagai platform politiknya bagi meneruskan perjuangan melawan ISA dan memantapkan sistem demokrasi negara pada 13 Jun 2009 selepas dipecat daripada Umno pada Disember 2008.
Ketika ditanya media mengapa beliau memilih KEADILAN sebagai parti pilihan, Zaid berkata beliau tertarik dengan konsep kepelbagaian kaum yang diperjuangkan oleh parti itu.

Kerusi Hulu Selangor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, akibat barah otak 25 Mach lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan hari Sabtu 17 April sebagai hari penamaan calon manakala 25 April adalah hari pengundian.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.