Pengundi HS Tak Puas Hati Agihan Wang Dan Lain2 Sebab Repot Polis

Beberapa pengundi Hulu Selangor yang tidak puas hati hari ini membuat laporan polis berhubung pengagihan wang tunai yang didakwa tidak setara dalam pilihan raya kecil parlimen itu Ahad lalu.

Ditemui di ibu pejabat polis di Kuala Kubu Bharu, wakil pengundi itu, Othman Moin berkata seramai 10 Orang Asli dari pelbagai kawasan di parlimen tersebut telah membuat laporan polis tersebut.

"Hari ini mereka berada di sini kerana tidak berpuashati dengan cara pengagihan wang tunai diuruskan... aduan mereka menyentuh pelbagai perkara," kata Othman (kanan, berjaket).

Beliau menambah, ada dari kalangan meraka kecewa apabila wang tunai untuk mengundi parti tertentu seperti yang diarahkan tidak ditunaikan dan ada juga datang ke situ kerana mereka diugut.

Othman memberitahu terdapat 10 laporan polis dibuat. Bagaimanapun hanya seorang sahaja yang kelihatan memegang salinan laporan polis itu.

Menurut Chambah Mohamad, 53, dari Kampung Orang Asli di Serendah pula, pihak pengurusan pengudian di kampungnya menjanjikan wang tunai sejumlah RM100 setiap orang selepas mengundi.

"Saya tidak tahu siapa mereka bahkan saya tidak dapat wang tunai tersebut," kata Chambah apabila ditanya sama ada dia mengenali pihak mana yang bertanggungjawab mengagihkan wang tersebut.

Dalam laporan polis itu, Chambah berkata rakan-rakannya dimaklumkan bahawa mereka akan menerima sejumlah wang selepas membuang undi.

"Semua rakan saya menerimanya... saya tidak berpuas hati kerana saya tidak dapat apa-apa," katanya lagi.

Dalam perkembangan yang sama, Othman menjelaskan pada mulanya lebih daripada seratus Orang Asli bercadang membuat laporan polis. Bagaimanapun mereka menarik diri pada saat-saat akhir.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.