Kutipan Zakat P. Pinang Meningkat Kepada RM47.95j




BUKIT MERTAJAM 1 April - Kutipan zakat di Pulau Pinang tahun lalu meningkat kepada RM47.95 juta berbanding RM41.76 juta pada 2008.

Timbalan Ketua Menteri 1, Dr. Mansor Othman berkata, zakat pendapatan merupakan penyumbang utama iaitu sebanyak RM24.52 juta.

"Bagi agihan zakat pula, tahun lalu kita mengagihkan sebanyak RM51.81 juta kepada 49,932 penerima berbanding RM45.6 juta kepada 28,118 penerima pada tahun sebelumnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan sumber zakat Pusat Urus Zakat (PUZ) di sini.

Pada majlis itu, seramai 300 orang dari daerah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara menerima bantuan di antara RM400 hingga RM600 seorang.

Sementara itu, Pengurus Besar PUZ negeri, Dr. Azman Abdul Samat memberitahu, sumbangan tersebut terdiri daripada bantuan pendidikan sekolah rendah dan menengah serta pendidikan institusi pengajian tinggi.

"PUZ juga memberi bantuan sara hidup untuk warga kurang upaya, bantuan kesihatan dan bantuan baik pulih rumah.

"Saya rasa melalui kempen kesedaran yang dijalankan, PUZ berjaya mencapai kumpulan sasaran yang sepatutnya untuk menerima bantuan ini," jelasnya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.