Kenapa Mu hadir Majlis Bersama TPM???



Tindakan timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa hadir dalam program bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bercakap soal “perpaduan politik Islam” menimbulkan kecurigaan banyak pihak.

Laporan di blog-blog berhubung kehadiran mereka pada pelancaran buku Natrah pada 9 Mac lalu, mengaitkannya dengan idea kerajaan perpaduan antara PAS-Umno, yang menjadi isu hangat sebelum ini.

Mengulas perkara tersebut, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad - antara pemimpin paling lantang menentang idea kerajaan perpaduan, hari ini berkata, beliau sendiri akan bertanyakan perkara tersebut kepada Nasharuddin (atas).

“Kena tanya beliau (sebab hadir). Tidak perlulah rasa curiga atau apa. (Kita) kena tanya beliau secara langsung. Bila ada peluang, bila saya jumpa beliau di parlimen, saya akan tanyalah, kenapa beliau hadir.

“Adakah beliau hadir atas jemputan atau jawatan dia hadir untuk menunjukan kesatuan apa? Tetapi dari sudut fakta sejarah, isu Natrah ini pun tidak mencapai perpaduan Melayu. Kalau benar tercapai (perpaduan Melayu), mungkin British tidak berani benarkan apa berlaku untuk berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada beliau merasa curiga dengan kehadiran Nasharuddin yang sentiasa dikaitkan dengan idea kerajaan perpaduan dengan Umno.

Pada 9 Mac, Nasharudin hadir dalam pelancaran buku bertajuk Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata oleh Muhyiddin Yassin di ibu negara.

Dalam program tersebut, Nasharudin dilaporkan berkata, usaha mewujudkan perpaduan di kalangan parti politik yang mewakili umat Islam boleh dicapai jika semua pihak berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu.

Katanya, semua pihak tidak harus bersikap mengalah walaupun beberapa usaha sebelum ini bagi mewujudkan persefahaman antara parti politik terbesar umat Islam iaitu Pas dan Umno, terhenti di separuh jalan.

Bercakap dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini, Khalid berkata, setahunya kehadiran Nasharuddin dalam program tersebut tidak mewakili PAS, tetapi atas kapasiti peribadi.

Beliau juga menegaskan, bahawa muktamar agung PAS sebelum ini telah menetapkan tiada sebarang usaha boleh dilakukan untuk bekerjasama dengan Umno.

“Kehadiran mereka setahu saya tidak mewakili PAS dan tidak dilakukan atas nama PAS. Dan mungkin dilakukan secara peribadi. Dan saya hendak tegaskan bahawa muktamar PAS telah menolak apa-apa jua usaha untuk bekerjasama dengan Umno. Dan semua pemimpin mesti akur kepada keputusan muktamar,” katanya.

1 comments:

  1. Kesian hampa noo, biaq pi la dia nak pi, yang hampa kalut sangat pasai apa, dah hampa tak mau bersatu dengan melayu umno udah le, hampa lebih suka melayu berpecah dan baik dengan kapiaq dap tu, dulu kata umno kapiaq bila baik dengan mca, mic, la ni hampa baik pulak dengan dap kapiaq tu, semua buat betoil, sampai jaja agama islam pun tak pa, takpa esok kita jadi macam melayu Singapore baru bestkan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.