AGM MCA: Pengundian selesai, pengiraan mulai jam 1 tengahari

Sejumlah 2,318 perwakilan MCA mula mengundi bagi 31 jawatan tertinggi parti, termasuk presiden, timbalan dan naib presiden di ibupejabat parti itu hari ini.

12.19pm: Proses pengundian selesai. Proses pengiraan undi akan bermula jam 1 tengahari.


mca egm 280310 media2

11.23pm: Selepas mengundi Ka Ting beredar dari bangunan ibupejabat MCA. Sebelum beredar, Ka Ting berkata beliau gembira dan puas hati dengan proses pengundian kerana semunya berjalan lancar.



11.19am: Selepas mengundi, Tee Keat memberitahu pemberita yang beliau tidak percaya yang beliau adalah 'underdog' dalam pertandingan jawatan presiden, dan menyifatkan ia 'satu putarbelit media tertentu'. Mengenai peluangnya, Tee Keat berkata beliau sentiasa optimistik.


mca egm 280310 hall

10.53am: Dari Twitter Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Sing's: Saya harap selepas hari ini tiadalah krisis dalam parti.


10.54am: Yip berkata beliau telah mempengerusikan lebih banyak EGM MCA berbanding orang lain, dan mengucap terima kasih kepada perwakilan atas sokongan mereka.



10.15am: Timbalan ketua Pemuda MCA, Dr Mah Han Soon dilantik sebagai penyelia pemilihan.


mca egm 280310 ong ka ting2

10.10am: Pengerusi EGM, Yip Phooi Hong mengumumkan bahawa 2,318 daripada 2,380 atau 97 peratus perwakilan hadir.


9.30am: Calon-calon berbaris di sepanjang laluan ke Dewan San Choon di mana EGM akan diadakan, untuk mengalu-alukan kedatangan para perwakilan. Sestengah calon gagal mendapatkan tempat di tepi laluan tersebut, pula kelihatan berada di anak tangga menuju ke dewan tersebut.



mca polls 280310 ong tee keat9.05am: Datuk Seri Ong Ka Ting tiba di ibupejabat parti dan bergambar untuk jurufota bersama regunya, Datuk Seri Liow Tiang Lai.



8.05am: Datuk Seri Ong Tee Keat tiba di ibupejabat parti sambil tersenyum lebar.

Beliau memberitahu pemberita yang beliau tidak terganggu dengan spekulasi akhbar bahawa beliau hanya mampu memperolehi tiga lebih daripada 15 peratus undi.




mca egm 280310 chua soi lek7.45am: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek merupakan calon presiden pertama yang tiba di ibupejabat. Dia ditemani anak lelakinya yang juga ahli parlimen Labis, Tee Yong.

Ditanya sama ada mengenai peluangnya, Chua tersenyum sambil bertanya: "Saya nampak risau ke?"



Ambilan: MalaysiaKini

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.