Tahniah PAS JERAI Anjur Seminar Memperkasa Parti


PAS Kawasan Jerai telah berjaya menganjurkan Seminar Memperkasa Parti pada 30 Januari 2010 di Dewan Tuan Guru Haji Othman Al Yunusi, Markas PAS Kawasan Jerai. Majlis ini diadakan di sebelah petang namun kehadiran peserta amat menggalakkan. Kira kira 300 orang peserta hadir dalam majlis ini, para peserta terdiri dari ahli jawatankuasa PAS kawasan, AJK PAS cawangan, MKK, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.

Majlis ini turut menjemput YB Senator Haji Yusuf Husin, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah. Dengan penuh besemangat YB Senator Haji Yusuf telah memberi motivasi ilmiah berkenaan gerak kerja dalam jamaah kepada para peserta. Beliau menekankan kepada aspek keikhlasan, amanah dalam sebarang tindakan.

Sementara itu, pihak penganjur juga menjemput EXCO Kerajaan Negeri Kedah,YB Dato Haji Amiruddin Haji Hamzah selaku Ketua Penerangan PAS Negeri Kedah memberi taklimat kedudukan dan perjalanan terkini kerajaan negeri Kedah. Semua peserta amat berpuashati dengan segala penerangan dan maklumat.

Peserta juga menharapkan majlis sebegini diadakan selalu. Majlis begini dapat meningkatkan lagi tahap ukhuwwah dan ingat mengingati di peringkat akar umbi bersama pimpinan. Tahniah PAS Jerai.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.