Ops Sikap ke-21: 9 kematian dicatat hari pertama


Tujuh daripada sembilan kematian yang dicatat pada hari pertama Ops Sikap ke-21 semalam adalah penunggang motosikal.

Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman, Superintendan Rasdi Ramli, berkata dua lagi kematian akibat kemalangan jalan raya semalam masing-masing membabitkan satu kes kereta dan kenderaan lain.

Sebanyak 723 kemalangan dicatat pada hari pertama Ops Sikap itu yang dilancar sempena sambutan Tahun Baru Cina, katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Rasdi berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 40 kemalangan berlaku di lebuh raya, 193 di jalan persekutuan, 132 jalan negeri, 307 jalan bandaran dan 51 lagi di jalan-jalan lain.

Beliau berkata, dalam tempoh itu, lapan kemalangan maut dicatat iaitu masing-masing satu di lebuh raya, empat di jalan persekutuan dan dua di jalan-jalan lain.

Sebanyak 10,097 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya, katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.