Mini Karnival Kedah Sejahtera di Sungai Limau




Disediakan oleh : Faiz Hj. Othman

YAN, 21 Februari 2010 – Pejabat Daerah Yan dengan kerjasama Majlis Daerah Yan dan Majlis Ketua Kampng dan Komuniti Daerah Yan telah menganjurkan Mini Karnival Kedah Sejahtera Peringkat Daerah Yan 2010 bertempat di Perkarangan Pejabat Penghulu Mukim Sala Besar, Sungai Limau, Kedah. Majlis yang bermula hari ini sehingga esok, 22 Februari 2010 itu telah disempurnakan perasmiannya oleh YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah.

Program yang berlangsung selama 2 hari itu adalah bermatlamat mendekatkan rakyat dengan pemimpin kerajaan disamping memberi kefahaman yang mendalam kepada masyarakat setempat tentang apa yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh pemimpin kerajaan negeri demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Menurut Pegawai Daerah Yan yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur dalam sesi ucapannya berkata, program sebegini akan dilaksanakan setiap tahun dalam mendekatkan pemimpin dengan masyarakat. Tambah beliau, Yan yang merupakan daerah yang terkecil di Negeri Kedah mempunyai tarikan pelancongan yang menarik seperti Gunung Jerai dan Taman Rekreasi Titi Hayun. “Usahasama antara Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah dan Majlis Daerah Yan akan memajukan Pusat Rekreasi Titi Hayun yang mana projek pembangunan Resort Titi Hayun itu melibatkan tanah seluas 18 ekar dan menelan belanja sebanyak RM 30 juta yang telah diluluskan oleh pihak kerajaan.” katanya.


YAB Dato’Seri Ustaz Azizan Abdul Razak bercakap ketika merasmikan program Mini Karnival Kedah Sejahtera berekata, Resort Titi Hayun ini merupakan strategi Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kehadiran pelancong ke Daerah Yan dan Titi Hayun serta bakal menyediakan destinasi kursus dengan harga yang berpatutan kepada pegawai dan agensi kerajaan untuk menganjurkan seminar serta kursus di Resort Titi Hayun pada masa akan datang.

Majlis Perasmian Mini Karnival Kedah Sejahtera ini turut dihadiri oleh Speaker Dewan Undangan Negei Kedah, YB Dr. Abdul Isa Ismail, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah serta Ahli Parlimen Kawasan jerai, YB Ustaz Mohd. Firdaus Jaafar. Pada majlis perasmian yang berlangsung jam 11.00 pagi itu, YAB Dato’ Seri turut menyampaikan hadiah kepada peserta-peserta pertandingan gubahan dan larian rakyat. Selain itu, pelbagai acara menarik juga turut diadakan bersempena dengan Mini Karnival Kedah Sejahtera ini antaranya Persembahan Kesenian Islam, Pertandingan Layang-layang serta Forum Perdana Ehwal Islam. Pelbagai agensi kerajaan juga turut serta membuka gerai pameran dan jualan khusus untuk menyampaikan maklumat kepada msyarakat di Daerah Yan.

KEDAH COMMUNICATION & EVENTS SDN. BHD.

Sumber : http://www.kedahsejahtera.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.