Jangan Terkejut : Persiapan Jentera Untuk Pilihanraya



YB Dato Dr Hasan Mohamed Ali sedang berucap di belakang



JENTERA PARTI sudah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Dikhabarkan akan ada satu pilihanraya kecil yang akan diadakan di dalam negeri Selangor ini.

Perkara ini bertiup kencang di kalangan ahli-ahli parti. Sama ada perkara ini benar atau tidak, yang pastinya persiapan jentera harus diperhebat.

Lewat malam tadi, saya mengisi tajuk 'Ketaatan' di dalam usrah mingguan parti. Hampir satu jam isu ketaatan ini dibincangkan oleh ahli usrah sehingga perdebatan kecil berlaku.

Persoalannya, sejauhmana ahli mentaati kepimpinan? Sejauhmana arahan yang dikeluarkan oleh jemaah parti akan dipatuhi.

Hujung minggu lalu, saya bersama-sama adik-adik kita (mahasiswa universiti) bagi acara tarbiah. Ramai sudah memahami bahawa mengapa kita perlu kibarkan bendera hijau.

Tambahan :

PRU ke-13 sudah tidak lama. Tiupan angin berkencang akan berlaku pada tahun 2011 nanti. Lihatlah kerja-kerja Dato' Seri PM sepanjang setahun ini.

Ambilan: http://typeace.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.