Oleh : DAP Melayu@Perakexpress
(Surat Terbuka Kepada Aduka Taruna)
Alo brader AT,
Gua tulis surat ini atas sifat gua tak kenai lu dan lu tak kenai gua. OK ? Fair ? Sebab lu tak kenai gua, sebab tu gua berani tulis. Tapi takder ler sampai gua nak kencing muka lu. Takder ler nak jatuhkan lu punya face water.
Brader,
Gua kira lu memang manusia yang sangat bernasib baik. Apa tidaknya, lebih 40 report polis dibuat pasai ayat-ayat cinta yang lu tulis kat blog lu. Pelbagai NGO Melayu dan individu mendesak supaya lu ditahan di bawah ISA. Tapi Lu dikira sangat bernasib baik kerana cuma direman selama 4 hari dan terus didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 233(1) (A)Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Lu tidak ditahan di bawah ISA. Lu tahu apa itu ISA ?
Lu patut kena buat sujud syukur kerana tidak dikenakan tahanan bawah ISA sebagaimana Ustaz Azzahari, member gua yang asai Bagan Serai, Perak. Ketika lu masuk lokap hari tu berita 10 orang kena tahan ISA belum lagi tersebar.
Buat ler sujud syukur, bukan payahpun. Buka kena ambil wuduk dulupun. Bukan kena menutup aurat dulupun. Cuba lu tengok kat pemain Mesir dalam kejohanan bolasepak Piala Afrika yang sedang berlangsung. Mereka jaring gol dan terus sujud syukur atas padang. Wa cakap lu ! Setelah tamat perlawanan, mereka menang lalu mereka sujud syukur. Itu sample beb ! Nah Mesir dah layak ke final jumpa Ghana setelah belasah Algeria 4-0 malam tadi.
Alo brader,
Lu dah kuar dari lokap, lu juga dah kuar dari mahkamah, dibebas dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin. Dah kuar mahkamah lu sibuk pula dengan persiapan majlis kenduri kahwin yang masih tergantung. Dalam kesibukan tu kalau lu ada masa free cuba ler lu surf kat internet kisah-kisah penderitaan isteri (dan isteri-isteri) serta anak-anak tahanan ISA. Cuba lu hayati penderitaan zahir dan batin yang dialami mereka. Alangkah besarnya nikmat Allah pada lu bila tidak dikenakan ISA.
Bersyukurlah kepada Allah, tuhan lu dan tuhan gua juga…. Dialah Rabbul ‘Alamin.
Kalau lu baca dalam harakah.net, M. Jusoff Taib ada tulis mengatakan, hari ini kita telah melihat satu gambaran politik yang jelas, bahawa dalam kehebohan isu nama Allah, akhirnya ISA yang menang. Ia telah dijelmakan sebagai penyelamat kekacauan yang ditimbulkan oleh isu nama Allah. Dan Menteri KDN dalam kenyataannya bahawa beliau sedang berdepan dengan terorisme antarabangsa yang terlibat dalam keganasan di negara kita ini.
Jadi, anda yang ‘ummi’ dalam hal politik, akan mendapat satu hujah betapa ISA itu sangat berguna kepada kuasa tadbir negara yang dipegang oleh UMNO. Walau pun ia tidak relevan bagi Pakatan Rakyat, namun relevan terhadap agenda politik status quo. Dan ISA mungkin lebih relevan menjelang PRU-13. Itu kata M. Jusoff Taib.
Kalau lu masih ingat pilihanraya umum diadakan tidak lama selepas tangkapan ISA dibuat, selepas Operasi Lalang dan selepas tangkapan group KMM.
Brader,
Ramai di luar sana mengutuk tu lu….bila lu berbahasa dengan Allah menggunakan perkata ‘lu’ dan ‘gua’. Ramai yang belasah lu. Tak mampu den nak nolong. Tapi beberapa tahun dahulu gua pernah terbaca satu doa dalam internet. Gua tak ingat saper yang tulis. Lu kot ? Harap-harap bukan lu. Doa yang ditulis lebih kurang macam ni :
“ Ya Allah ! Janganlah Lu balikkan hati gua setelah Lu berikan hidayah………”
Bagi gua tiada salahnya doa seperti itu, malah doa itu adalah doa yang warid dari Rasulullah SAW. Doa tersebut dari Al-Quran. Cuma bagi mereka yang di luar sana menganggap bila istilah ‘lu’ dan ‘gua’ adalah biadap dan kurang ajar bila digunakan.
Bagi gua, nak kata biadap ker, kurang ajar ker, menghina Allah ker…..semuanya bergantung kepada niat orang yang menulis atau melafaznya. Kalau niat menghina Allah, maka tunggulah balasan Allah di hari akhirat. Kalau orang yang melafazkan doa seperti itu dengan hati yang ikhlas……gua tidak Nampak di mana salahnya. Istilah ‘gua dan Lu’ sama sahaja dengan ‘aku dan Engkau’ yang kita guna selama ini. Apa bezanya dengan ‘saya dan Awak’ atau ‘I and You’ ? Apa beza dengan ‘ana wa Anta’ ? Bagi gua, gua tidak nampak di mana salahnya, apa lagi orang macam lu (AT) yang sememangnya berbahasa macam tu di dalam dan di luar intenet.
Harap-harap dengan bini yang baru sebulan lu kahwin tu lu tidak berbahasa ‘lu dan gua’. Panggilah dia ‘sayang’ ker, ‘darling’ ker atau apa-apa panggilan yang boleh menambahkan kemesraan dan kasih sayang dia pada lu. Kalau dengan bini kita berbahasa dengan bahasa yang manis dan beradab…….ketahuilah bahawa dengan Allah kita perlu lebih dari segalanya.
Lu kahwin dengan orang Kelantan, belajar-belajarlah bercakap Kelantan pula lepas ni. Kalau mampu belajar juga bercakap Siam ! Lu tengok Tuan Guru Nik Aziz, bahasa Punjab dan Urdhupun dia reti.
Brader,
Berbalik pasal member gua yang kena tahan ISA bersama-sama pensyarah dan pelajar UIAM minggu lepas. Wa tak tahu nak gambarkan hari-hari mendatang yang dilalui oleh isteri dan anak-anaknya. Cuba lu bayangkan, isteri dia tidak berkerja, mempunyai anak-anak yang masih kecil. Malah anaknya yang paling kecil sering mengalami masalah kesihatan. Kini suami dan bapa mereka berada di suatu tempat yang tidak diketahui di mana. Tiba-tiba hilang sekelip mata. Sekarang siapa nak bagi makan kat anak-anak dan isteri mereka ?
Member gua tu kalau nak dikatakan menentang pemerintah, ibarat jauh langit dari bumi. Gua tahu sangat pasai dia. Dia bukannya aktivis politik. Jangankan jadi pemimpin PAS atau PKR, jadi ahli biasapun tidak ! Member gua ni memang seorang manusia yang betoi-betoi tidak berpolitik. Malah tidak pernah mengundi ! Lu jangan terkejut. Walaupun dia tidak menjadi ahli mana-mana parti, tetapi ramai juga pemimpin parti yang belajar hadits dengan dia. Sebab dia tu memang lulusan di bidang Hadits.
Kalu lu nak tahu, tiap-tiap hari tiap-tiap malam dia pi mana-mana surau atau mana-mana masjid dia mengajar tentang hadits. Sebab itu bidang kemahiran dia. Disamping dia juga banyak dijemput mengendalikan kelas Bahasa Arab. Kitab yang dia ajar pulak lu nak tahu kitab apa ? Kitab Bulughul Maram, kitab Riyadhus Salihin, kitab Sahih Bukhari dan kitab Sahih Muslim. Kesemua kitab-kitab ni ada diterjemah, diterbit dan dijual oleh JAKIM. Jadi amat sukar untuk gua percaya bila dia kena ISA.
Okaylah brader,
Mungkin surat ini menjadi surat yang pertama dan terakhir dari gua buat lu. Kita sebagai hamba Allah kena saling ingat mengingati. Belum terlewat untuk gua ucapkan…..Selamat Pengantin Baru, semoga rumahtangga yang dibina mendapat keberkatan daripada Allah, tuhan lu dan tuhan gua juga.
KUALA LUMPUR, 30 Januari 2010
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan1 week ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
-
▼
2010
(2607)
-
▼
January
(84)
-
▼
Jan 31
(8)
- PELANCARAN USRAH MAAHAD MAHMUD ALOR SETAR
- NAK PI SEMINAR TAK???
- Aman.. Kalau Semua kita Begini...
- Perbicaraan Kes Liwat Anwar Selasa Ini?
- Bola Sepak : MENANG LAGI ( kedah 3 : T-Team 1)
- SEREMBAN 30 Jan. – Majlis perkahwinan penulis blog...
- Surat Terbuka Kepada Aduka Taruna
- TEKA TEKI HARI INI??? Siapa Dia....
-
▼
Jan 31
(8)
-
▼
January
(84)
0 comments:
Post a Comment