Terkini!!! MPPP Tindas Peniaga Islam 'Line Clear'? Biar Betul!!! Fitnah Berleluasa, Jom Terjah Cerita Yang Betul!!!


Dua isu yang dijangka menjadi panas di Pulau Pinang sehari dua ini ialah tindakan penguatkuasaan oleh MPPP dan juga MPSP.

MPPP telah bertindak menyerbu Restoran 'Line Clear' pada pukul 3.30 pagi dan merampas kerusi dan meja premis nasi kandar tersebut kerana didakwa menjalankan perniagaan tanpa lesen bagi tahun 2015.

Manakala MPSP pula telah menjalankan operasi penguatkuasaan di Taman Pelangi mulai semalam dan dijangka berakhir Jumaat ini dimana mereka bertindak merobohkan semua struktur-struktur perniagaan haram yang dikuasai oleh warga asing.

Gempar!!! (Gambar) Saiful Bukhari Dedah Punca Isteri Berhenti Kerja Dengan TV3.. Jom Terjah!!!


Gambar perbualan isteri Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan majikannya berhubung tugasan liputan pemimpin PKR menerusi aplikasi Whatsapp yang disiarkan di blog Saiful. - Gambar daripada www.mohdsaifulbukhari.blogspot.com

Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat II membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendedahkan isterinya, Nik Suryani Megat Deraman berhenti kerja daripada stesen televisyen TV3 kerana tidak berpuas hati selepas diberi arahan  membuat liputan ke atas PKR dalam menyerang bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.

Dalam tulisan di blognya, Saiful mempertikaikan ruang yang diberikan stesen televisyen swasta tersebut kepada pemimpin PKR untuk menyerang bekas menteri Kabinet zaman Tun Dr Mahathir Mohamad itu.
"Bukan niat untuk persoal mengapa TV3 attack Tun Daim, tapi mahu persoal mengapa beria sangat bagi coverage pada PKR? TV3 dah jadi media PKR ke? Tak ada orang sendiri yang berani untuk dedah ke? Hari tu Shamsul Iskandar, sekarang ini Anwar Ibrahim pula?" katanya dalam blog www.mohdsaifulbukhari.blogspot.com.

Pulak!!! Syarikat Penerbangan Airasia Disaman Seorang Jururawat Australia Selepas Pramugari Jatuh Keatasnya.. Jom Terjah!!!



KUALA LUMPUR: Seorang jururawat dari Melbourne, Australia, Erin Crocker, 36, menyaman syarikat penerbangan AirAsia kerana insiden pramugari yang terjatuh keatasnya ketika pesawat melanggar kawasan berawan di Thailand.

Crocker mendakwa kejadian yang dialaminya tahun lalu itu menyebabkannya mengalami keretakan tulang kaki dan ligamen terkoyak yang memerlukan pembedahan.

Awat Pulak!!! (Gambar) Pelakon Fizo Omar Buat Pendedahan Mengejutkan Sebelum Dia Bergelar Suami Kepada Mawar.. Jom Terjah!!!


Nampaknya sejak berkahwin ni makin bertambah rezeki Fizo Omar dan isterinya, Mawar. Bukan sahaja perniagaan semakin maju dan kerap melancong, pasangan ini juga berpeluang menunaikan umrah bersama sejak minggu lepas.

Bagus juga kami lihat pasangan sama cantik sama padan ni, sesetengah orang suka muat naik gambar mereka sewaktu berada di Tanah Suci berpuluh-puluh keping dalam sehari, tapi Fizo dan Mawar kurang berbuat demikian. Mungkin sibuk beribadah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.