Terkini!!! (Gambar2) Jasad Guru Wanita Mangsa Bot Terbalik Telah Ditemui.. Al Fatihah!!!

fatihah

Kemaman : Cikgu Norhayati Sulong, 37, merupakan guru di Sekolah Menengah Geliga Kemaman, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, bot terbabit terperangkap di tengah pusaran air lalu terbalik.
Kedua-dua mangsa yang terjatuh ke dalam air, hanyut dibawa arus deras, manakala penumpang lain iaitu tiga penduduk dan tiga penyelamat terdiri daripada anggota bomba dapat naik semula ke atas bot.

Allahu Rabbi!!! Jumlah Terkini Mangsa Banjir Terus Meningkat Ke 120,000 Orang, Keadaan Makin Membimbngkan, Jom Terjah!!!



Jumlah mangsa banjir di tujuh negeri  terutamanya di Kelantan, Pahang, Terengganu dan perak meningkat pada petang ini di catatatkan semakin meningkat dengan jumlah keseluruhan 118,896 orang.

KELANTAN masih mencatatkan rekod mangsa paling tinggi setakat pukul 3.00 petang tadi dengan mangsa banjir semakin meningkat kepada 45,467 orang dipindahkan berbanding 34,491 orang semalam.

Manakala di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir nampaknya telah betambah hari ini daripada 29,057 kepada 31,001 berikutan hujan lebat semalam.

Di PAHANG, keadaan banjir belum menunjukkan petanda untuk pulih dengan jumlah pemindahan  mangsa terus meningkat petang ini kepada 35,736 iaitu meningkat berbanding 28,578 yang dilaporkan semalam.

SEPATUTNYA!!! TPM TS Muhyiddin Minta Rakyat Beri Peluang PM Hj Najib Berehat Dan Bercuti Di Luar Negara, Mengapa? Jom Terjah!!!

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin minta rakyat jangan bimbang kerana beliau akan pastikan bencana banjir dalam negara ditangani sebaik mungkin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Disember, 2014.




Rakyat diminta memberi peluang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berehat dan bercuti di luar negara walaupun negara ketika ini menghadapi bencana banjir di pantai timur, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan perdana menteri itu berkata, tidak perlu mempertikaikan Najib yang kini dilaporkan bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama kerana beliau sebelum ini sudah bekerja kuat mentadbir negara.
"Bagi masa dia rehat, dia sudah bekerja terlalu keras. Dia cuma manusia biasa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan Krismas di Full Gospel Tabernacle di Subang Jaya, hari ini.

Gempaq!!! Harimau Jantan Terlepas Dari Kurungan Di Zoo And Night Safari Di Taiping.. Jom Terjah!!!


Seekor harimau jantan terlepas daripada kurungannya di Zoo Taiping and Night Safari di Taiping, tengah hari ini.
Pengarah zoo, Dr Kevin Lazarus berkata Harimau Malaya itu terlepas daripada kurungannya ketika kerja penyelenggaraan dilakukan oleh pekerja baharu.
"Kejadian itu berlaku ketika harimau tersebut berada di kurungannya di bahagian belakang, bukan berlaku di bahagian kurungan untuk pameran awam. Ia terhentak pintu kurungan itu dan pintu tersebut terbuka secara tiba-tiba," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.