Terkini!!! Pesawat Malaysia Airlines Yang Hilang, Tidak Meletup Di Laut China Selatan : Pentagon



NEW YORK 9 Mac - Data pemantauan awal yang diperiksa oleh Pentagon mencadangkan pesawat Malaysia Airlines yang hilang, tidak meletup di Laut China Selatan semalam.

Menurut akhbar The New York Times yang memetik pegawai kerajaan Amerika Syarikat (AS), satu sistem yang memantau letupan di seluruh dunia, tidak mengenal pasti sebarang tanda letupan. - Agensi

Manakala gambar di bawah pula
Embedded image permalink

Dr Wan Azizah melawat keluarga mangsa MH370 di The Everly Hotel

Terkini!!! Pakar Bimbang Insiden MH370 Ada Kaitan Dengan Ancaman Bom Kasut Yang Dikeluarkan Oleh Pihak Keselamatan AS Bulan Lalu...


WASHINGTON 9 Mac - Bekas pakar keselamatan pengangkutan Amerika Syarikat (AS), Kip Hawley menyuarakan kebimbangan kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH370 mungkin ada kaitan dengan amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa AS tentang ancaman bom kasut pada bulan lalu.

Meskipun tiada bukti menunjukkan unsur keganasan dalam kes terbabit, Hawley berkata, identiti dua penumpang yang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat tersebut menimbulkan syak bahawa insiden tersebut mungkin ada kaitan dengan pengganas.

WoW!!! (Ada Video) Inilah Wajah Calon PKR Untuk Pilihanraya Kecil DUN Kajang.. Teka-Teki Pihak Musuh Tersasar, Jom Terjah!!!




KEADILAN hari ini mengumumkan presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai calon baru untuk pilihan raya kecil DUN N25 Kajang.

Datin Seri Wan Azizah dipilih bagi menggantinya ketua umum, yang juga suaminya, yang hilang kelayakan bertanding selepas dijatuhkan hukuman lima tahun penjara ekoran pertuduhan meliwat.

Keputusan itu diumumkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri dalam sidang media di Bilik Gerakan KEADILAN Pilihanraya Kecil Kajang Batu 12, Kajang hari ini.

Terkini!!! (Video) Menteri Tidak Tolak Kemungkinan Pesawat MH370 Berpatah Balik.. Jom Terjah!!


Hishammuddin Hussein.
SEPANG: Kerajaan Malaysia sedang menyiasat kemungkinan pesawat MH370 berpatah balik sehingga membawa kepada misteri kehilangan pesawat tersebut.
Oleh itu, misi mencari dan menyelamat telah diperluaskan meliputi lebih banyak kawasan, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang media yang diadakan kira-kira pukul 11.30 pagi Ahad.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.