HANGAT!! Rafizi Perjelaskan Konflik Antara Azmin-Khalid Tercetus Dan Ini Jalan Penyelesaiannya.. Jom Terjah!!!!

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berucap di forum `Serampang Kajang' di Subang Jaya, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 6 Februari, 2014.Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berucap di forum `Serampang Kajang' di Subang Jaya, malam tadi.

PKR dilihat terus mempertahankan tindakan meletakkan ketua umum mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dengan menafikan pilihan raya kecil itu terpaksa diadakan untuk meredakan ketegangan di antara Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata sekiranya PKR ingin menyelesaikan kemelut dalaman di antara Azmin dan Abdul Khalid ia boleh dilakukan dalam pemilihan PKR yang akan berlangsung pada April.
"Kalau hendak selesaikan kemelut dua pemimpin itu tidak perlu PRK kerana semasa pemilihan kita boleh biar mereka bertanding dan bergaduh sesama sendiri," katanya dalam forum bertajuk `Serampang Kajang' di Subang Jaya, 

Tudia... Insuran Kenderaan Naik Pulak Dah.. Hampa Tengok Dan Kira Sendiri Untuk Kenderaan Hampa.. Jom Terjah!!!


[Image: ek_01.1.jpg]


KUALA LUMPUR 4 Feb. - Bank Negara Malaysia (BNM) telah meluluskan pelarasan kadar baharu tarif insurans kenderaan untuk tahun ini, dengan anggaran peningkatan sekitar RM2 hingga RM23.

Tarif baharu itu akan berkuat kuasa pada 15 Februari ini, ke atas setiap kenderaan baharu yang dibeli atau insurans yang diperbaharui semula.

Kelulusan itu antara lain membabitkan pelarasan tarif asas bagi perlindungan komprehensif dan perlindungan pihak ketiga untuk kenderaan persendirian dan motosikal.

PRK Dun Kajang: SPR Tetapkan Tarikh Pilihanraya Pada 23 Mac 2014.. Jom Terjah!!!


PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan  23 Mac depan sebagai tarikh PRK Dun Kajang.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, semua yang terlibat dengan PRK Dun tersebut perlu mematuhi arahan yang telah ditetapkan.

Beliau juga berkata tarikh penamaan calon  akan bermula pada 11 Mac ini, manakala tarikh pengundi awal pada 19 Mac.

Gempar!! ADUN PKR Hutan Melintang, S Kesavan Tidak Letak Jawatan, Surat Tersebarkan Adalah Palsu.. Jom Terjah!!


Kesavan_KUALA LUMPUR, 4 FEB: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hutan Melintang, Perak, S Kesavan tidak meletakkan jawatan dan surat yang disebarkan melalui media sosial adalah palsu, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil.
Fahmi berkata, beliau telah dihubungi Adun Teja, Perak, Chang Lih Kang dan diberitahu maklumat tersebut disebarkan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Justeru, satu laporan polis akan dibuat petang ini oleh Kesavan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.