Gempar!!! MB Selangor Umum Ketua Pembangkang, DS Anwar Sebagai Calon PRK DUN Kajang, Apa Sebenarnya? Jom Terjah!!!




Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada pilihan raya kecil akan datang.

Terkini!!! 20 Pelajar KUIN Tersesat Di Gunung Jerai Ditemui Selamat.. Alhamdulillah


Seramai 20 pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) tersesat di Gunung Jerai dekat sini selepas menaiki gunung tersebut sejak pagi semalam, berjaya ditemui anggota penyelamat, malam tadi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata pihaknya menerima maklumat daripada polis bahawa 18 pelajar wanita dan dua pelajar lelaki dipercayai hilang, pada pukul 6.24 petang semalam.

Al-Fatihah: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib Kembali Ke Rahmatullah, Solat Jenazah 10.00 Pagi Nie..


KUALA LUMPUR:
 Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib kembali ke rahmatullah di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada jam 12.05 tengah malam ini.

Demikian dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Katanya, perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh anak Allahyarham.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri memberitahu jenazah Almarhum Ustaz Harun dijangka disolatkan pada jam 10 pagi nanti di Markas Tarbiyah Kubang Lembik, Manir, Kuala Terengganu.

Sehubungan itu, beliau menjemput seluruh ahli PAS agar beramai-ramai hadir mendoakan kebaikan untuk almarhum.



“Moga Allah merahmati roh beliau dan meletakkan beliau bersama roh para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.

Bongkar!!! Tudiaaa Jelas Sudah: Konflik Penyingkiran Azmin Ali Terjawab.. Jom Terjah!!!

PETALING JAYA: Persoalan mengenai siapa yang bertanggungjawab dalam konflik penyingkiran Mohamed Azmin Ali daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akhirnya terjawab apabila minit mesyuarat menunjukkan kegagalan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) memuktamadkan status keanggotaan Adun Bukit Antarabangsa itu ketika proses lantikan semula dibuat sebagai punca kepada segala kemelut ini.
Kekeliruan bermula apabila MMKN yang bersidang pada 13 November tahun lalu dan dipengerusikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hanya meluluskan dua nama untuk menganggotai ahli lembaga pengarah PKNS tanpa menyebut secara jelas atau bertulis mengenai status Mohamed Azmin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.