BERAPI!!! Putrajaya Oh Putrajaya, Jangan Jadi Macam DAP Sudah Ler.. Apa Cerita Sebenarnya.. Jom Terjah!!!


Mesyuarat agung PAS kawasan Putrajaya kemungkinan tidak sah dan perlu diadakan semula bagi mengelakkan PAS menghadapi masalah dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS), kata peguam PAS, Zulhazmi Shariff (gambar).
Zulhazmi yang banyak mewakili PAS dalam kes saman AES, berkata RoS mungkin akan mengganggu PAS seperti yang mereka lakukan kepada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP dan keadaan itu tidak boleh dielakkan.
Beliau berkata demikian ketika mengulas krisis yang berlaku dalam PAS Putrajaya sebagaimana yang didedahkan oleh bekas Yang Dipertuanya, Nazir 

Pilunya!!! Ibu Sendiri Dikurung Tanpa Bekalan Makanan Selama 4 Hari Tanpa Bekalan Makanan, Diselamatkan Jiran Dari Mati Kelaparan... Jom Terjah!!!


Pegawai JKM bersama Ketua Kampung Bukit Merah, Mohamad Nor Hassan menemu ramah mangsa sebelum dibawa menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Parit Buntar

GUNUNG SEMANGGOL - “Makcik dah tak sanggup nak duduk dengan depa, kalau boleh hari ini makcik nak lari pi tempat lain."

Itulah rintihan seorang ibu yang mendakwa dikurung empat hari oleh anak kandungnya di sebuah rumah sewa di Lembah Beriah, Bukit Merah.

Lebih menyedihkan, ibu malang itu juga mendakwa, dia kelaparan sepanjang tempoh dikurung akibat tiada bekalan makanan ditinggalkan dan hanya minum air sejuk untuk menahan lapar.

Terkini!!! PRK N20 Sungai Limau: Maklumat Pengundian Boleh Disemak Esok.. Jom Terjah!!!


Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan pengundi bagipilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau boleh membuat semakan maklumat pengundian bermula esok.
Dalam satu kenyataan hari ini, SPR berkata antara maklumat yang boleh disemak adalah nama pusat mengundi, di mana seseorang pemilih itu akan mengundi, nombor saluran mengundi dan nombor siri pemilih.
“Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang SPR, perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) dan dengan pejabat pilihan raya negeri Kedah.”

Terkini!! Turki Mansuh Larangan Bertudung Bagi Wanita Selepas 90 Tahun.. Jom Terjah!!!

Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan

Ankara: Turki memansuhkan larangan ke atas wanita memakai tudung di kawasan bangunan kerajaan semalam, antara langkah pembaharuan bertujuan memperkuat demokrasi.

Larangan itu sudah wujud lebih 90 tahun lalu sejak pembentukan Republik Turki. Ia menyebabkan ramai wanita Turki tidak menyertai perkhidmatan kerajaan. 


“Satu peraturan yang secara rasmi campur tangan ke atas kebebasan berpakaian dan gaya hidup hingga menjadi punca ketidaksamaan taraf, diskriminasi dan ketidakadilan terhadap rakyat, sudah menjadi sejarah," kata Timbalan Perdana Menteri, Bekir Bozdag di Twitter. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.