SHAH ALAM 3 Jan : Tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menunding jari kepada Kerajaan Selangor bagi menutup kegagalan syarikat itu membekalkan air kepada pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur amat tidak bertanggungjawab.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, SYABAS patut menyelenggara semua aset pengagihan air seperti yang termaktub dalam Perjanjian Konsesi yang ditandatangani di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Selangor dan syarikat itu.
“Sejak 1 Januari 2005, semua aset dan fasiliti pengagihan air milik Kerajaan Selangor diserahkan untuk dikendalikan sepenuhnya oleh SYABAS termasuklan Rumah Pam Wangsa Maju.