Gambar2: Artis Kontroversi Neelofa Mengerjakan Umrah Di Tanah Suci.. Apakah Beliau Akan Berubah.. Jom Terjah!!!


Kini Neelofa sedang berada di kota suci Mekah mengerjakan umrah mengambil peluang sempena jadual lakonan beliau yang melibatkan beberapa lokasi di’sana.


Neelofa terlibat dalam penggambaran drama bersiri sebanyak 26 episod bertajuk Kau Yang Terindah yang di’arahkan oleh pengarah & penerbit popular Erma Fatima.

MB Ku Bikin Gempaq Untuk Pembagkang Di Kedah


ALOR SETAR - Gurauan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyebut penggunaan Akta Rahsia Rasmi (OSA) secara spontan ketika diajukan pertanyaan mengenai pendedahan draf dasar perumahan baru Kedah, dianggap serius oleh media dan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN).

Azizan secara berseloroh menyebut tindakan mendedahkan maklumat rasmi Kerajaan Negeri sebelum diumumkan adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan bawah OSA pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Rabu minggu lalu.


[Inilah Video] Seorang Ibu Dera Bayi Rindui Anak, Minta Peluang Kedua Selepas Dibebaskan Dari Penjara.. Jom Terjah!!!


Masih ingat lagi dengan penyebaran video seorang ibu kandung yang memukul anaknya sendiri? Video itu tersebar luas di media sosial dan akhbar. Beberapa hari lalu, ibu muda itu yang hanya dikenali sebagai Ira, telah dibebaskan dari Penjara Kajang setelah setahun menjalani hukuman. Katanya kepada media, dia kini insaf dan meminta agar diberikan peluang kedua untuk menjaga anaknya.

Ibu dera bayi minta peluang

[Video] Ibu dera bayi rindui anak, minta peluang kedua - Terbakor

Wanita dera bayi insaf

“Saya terima hukuman ini (penjara) dengan ikhlas. Malah, kalau lebih berat pun tidak mengapa sebab sedar saya pernah menyeksa anak.
“Bagaimanapun, saya berharap satu hari nanti dapat bertemu semula anak dan menjaga dia seperti dulu…saya tidak mahu dia tinggal dengan orang lain dan biar kami melalui susah senang bersama,” kata Ika (bukan nama sebenar), wanita yang pernah menggemparkan negara apabila klip video penderaan bayi perempuannya berusia 10 bulan dimuat naik ke laman YouTube, Mei lalu.
Ibu muda yang baru dibebaskan dari Penjara Kajang, beberapa hari lalu selepas setahun di sana, mengakui insaf dengan perbuatan kejam yang pernah dilakukan dan berazam lebih menyayangi anaknya pada masa akan datang.
Menceritakan semula kejadian yang berlaku tahun lalu, Ika berkata, dia tidak pernah menyakiti bayinya sebegitu teruk kerana sedar ibunya berpesan supaya dia menjaga zuriatnya sebaik mungkin.
 “Pada hari kejadian, saya dan anak dihalau dari rumah oleh kenalan yang menumpangkan kami berdua, bekas teman lelaki pula menghantar pelbagai mesej (SMS) menyakitkan hati.
Sumber : Harian Metro

Blogger UNCLESEEKERS Telah Ditahan Polis Di Senawang... Jom Terjah Lanjut!!

Blogger AkuTakPeduli melaporkan:
Aku menerima berita dari keluarga terapat baru kejap tadi yang blogger UNCLESEEKERS telah ditahan pihak polis di Balai Polis Senawang, Seremban lebih kurang jam10:30 malam tadi. Setakat ini itu saja yang diberitahu kepada aku dan tiada ulasan lanjut. - AkuPeduliApa
Negarakita.com pula melaporkan:
Blogger Uncleseekers yang telah ditahan polis Senawang sekitar jam 10 malam tadi, sekarang ini dalam perjalanan balik kampong. Bedanya, selalunya beliau berkereta sendiri ke Johor Bahru tetapi malam ini Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas ke Johor Bahru dibawa olih kereta polis. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.