BERSH 3.0 - Tindakan Polis 'Sangat Buruk' , Penggunaan Meriam Air Dan Gas Pemedih Mata Sesuka Hati... Jom Terjah Apa Majis Peguam Kata???



Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata tindakan pihak polis ke atas peserta perhimpunan BERSIH 3.0 diperhatikan "lebih ganas" berbanding ketika menangani perhimpunan sebelum ini.
Perkara itu merupakan antara yang dimuatkan dalam laporan awal badan itu, berdasarkan pemerhatian ke atas perjalanan perhimpunan tersebut.

NONELaporan awal itu disusun daripada laporan oleh seramai 78 orang sukarelawannya yang membuat pemerhatian di enam lokasi semasa perhimpunan tersebut.

"Pemerhati kami menyaksikan lebih banyak keganasan polis (tahun ini), lebih banyak penggunaan meriam air dan gas pemedih mata sesuka hati, dan lebih banyak kepungan terhadap peserta himpunan," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau mempertikaikan tindakan polis yang menembak gas pemedih mata terus ke arah peserta himpunan dan tidak memberikan ruang kepada kumpulan itu untuk bersurai.

"Kami memerhatikan beberapa amalan kepolisan yang sangat buruk kali ini. Mereka tidak seharusnya menembak terus gas pemedih mata ke arah peserta apabila peserta berhimpit-himpit dan berasak sesama mereka.

"Kita bernasib baik tiada sesiapa dipijak. Polis seharusnya memberikan ruang untuk orang ramai bersurai dan beredar," katanya.

Inilah Yang Dikatakan Pukulan Maut Kepada Penguasa & Petugas Parti Di Ibu Pejabat Umno Jalan Sultan Ismail... Jom Terjah!!!


Bersih 3.0 Kelam Kabutkan Ibu Pejabat Umno 

Himpunan raksasa Berish 3.0 memberi pukulan maut kepada penguasa dan petugas parti di Ibu Pejabat Umno Jalan Sutltan Ismail. Khabarnya semua orang di Ibu Pejabat Umno seakan hilang akal dan bersih membuat mereka kelam kabut macam kekaraman kapal di tengah samudra. Para penasihat politik Umno dan juga Perdana Menteri kehilangan punca dan menjadi 'selak' beberapa ketika untuk memikir bagaimana hendak counter Bersih 3.0.


Teaku Adnan Mansor
Orang paling sibuk dan 'bergelacar' katanya Teuku Adnan Mansor. Banjiran manusia berpakaian kuning dan hijau di ibu kota kelmarin dulu menyebabkan Adnan tidak lena tidur. Bagun tidak kena, tidur apa lagi. Berjalan pun tidak kena kesasan tubuh juga sirna. Kopi terasa amat pahit, milo dirasakan masam, nascafe pula menjadi terlalu lemai. Pendeknya deria rasa hilang apabila Bersih berjaya mengeruhkan air nsungai Klang dan sungai Gombak.

 Begitu juga pemimpin Umno lain juga jadi 'terkaba-kaba' dalam tidur. Hanya Udin anak Yassin sahaja tersenyum lebar melihat gelagat mereka dan juga kesan Bersih. Kenapa? Mudah sahaja untuk difahami matemetika politik ini, Udin anak Yassin suka kalau Najib tertekan dengan Bersih sebab dia boleh mengayung kaki ke kerusi presiden Umno? 


Kini Ibu Pejabat Umno sedang memikirkan sesuatu untuk membendung impak dan aura himpunan berkenaan. Kesan himpunan itu kini sudah mulai merebak dan menyelinap ke dalam sudut hati banyak orang. Ia bukan saja meruap di Kuala lumpur di kalangan pegawai kerajaan, mahasiswa, pekerja, boroh atau pemandu teksi dan bas Rapid KL tetap jauh ke seantero dunia, termasuk ke pelusuk desa dan kampung, di kalangan petani, nelayan dan juga mat rempit.

Berapi!!! Datuk Lee Chong Wei Punyai Lebih Dari Sebuah Kereta Mewah.. Inilah Gambar2 Kereta Mewah Tu...


Mungkin sejak kebelakangan ni Datuk Lee Chong Wei takde luck untuk menang apa-apa game. Dah dua kali beliau kecundang semasa final. Tetapi tu semua tak penting sangat, sebabnya Datuk Lee Chong Wei masih lagi pemain badminton no 1 dunia. Buktinya? Ni diaaaaa... Koleksi Kereta Mewah Datuk Lee Chong Wei yang super cool dan super mahal.




PANAS!!! Hebat Sangat La Dengan Apple IPad ‘Baru’ Aka IPad 3... Jom Terjah!!! Bila Nak Pi Sambaq Satu??



Apakah namanya? Atau, lebih penting lagi, apakah digitnya? Adakah apa yang kita panggil iPad dengan mana-mana nombor kurang daripada 2 menjadi tak berapa kena? Itulah soalan Apple  untuk kita secara tidak langsung apabila ia melancarkan iPad baru dan sebenarnya Ianya lebih sama seperti yang iPad lama, cuma dengan pemproses sedikit lebih mantap pada terasnya (quad) dan sokongan untuk kedua-dua  rangkaian LTE Verizon dan AT & T di Amerika Syarikat.
Pada pandangan pertama ternyata ia adalah produk baru yang sama luarannya hampir sama dengan iPad generasi pertama- ia cuma sedikit lebih tebal dan lebih berat daripada model yang telah diturunkan sebelumnya, Apple iPad 2. Tetapi tanggapan anda akan berubah apabila anda menghidupkan skrin iPad baru ini: Itulah iPad baru bukan sahaja memberhentikan nafas anda tetapi juga menunjukkan bagaimana Apple telah sekali lagi mentakrifkan semula definisi permainan tablet.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.