Kantoi Tahap Gaban: Hot Giler - Provokasi Polis Terdedah Lagi, Ada Desakan Minta Menteri KDN & KPN Letak Jawatan


Sedikit demi sedikit bukti penyamaran polis terdedah. Sesiapa yang mengenali polis ini, sila dedahkan namanya, akaun facebooknya (jika ada) dan berkhidmat di IPD mana. 
Dan yang paling penting, bantuan diperlukan untuk mendedahkan gambar lelaki tidak siuman yang menaiki bumbung kereta polis dan menghentaknyaJika Datuk Zaharin dari UMNO Bandar Tun Razak maklumkan hampir 2 ribu polis yang menyamar menjadi peserta Bersih untuk menimbulkan huru hara dan provokasi, maka tidak pelik kalau lelaki tidak siuman yang menaiki kereta polis dan menghentaknya juga seorang polis!


Ulasan GB

Kita akan terus berdoa kepada Allah swt agar kebenaran itu dibongkar dan didedahkan. Allah memperkenankan doa orang yang dizalimi dan difitnah.Petikan doa yang selalu GB siarkan: 


Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah 

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).


Tulis Datuk Zaharin Mohd Yasin, Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak (Sang Kelembai) dalam facebooknya:

Polis dah lebih cerdik dari dulu.. Dia bagikan anggotanya dua pasukan,satu pakai uniform polis, satu pasukan lagi pakai baju bersih tergelak saya jumpa seorang kawan yang masih polis, pegawai lagi dari Pahang, pakai baju kuning dan terpekik ayat reformasi. Saya tak tegur dia pun. Tapi bila tengok kat lengan dia ada getah warna kuning.. Dan saya jumpa banyak yang pakai getah yang sama.. Saya rasa terjaminlah dalam kumpulan pencacai yang tidak tahu apa benda ini..


Kini, orang UMNO sendiri mendedahkan pihak polis menyamar sebagai anggota BERSIH.

POLIS MERUSUH- provokasi polis kantoi,,, beliau memakai getah kuning, penanda bagi setiap Polis berpakaian preman (SB)

Selain itu Datuk Zaharin juga meminta Menteri KDN dan Ketua Polis Negara bertanggungjawab dan meletakkan jawatan disebabkan anggota polis yang cedera. Siap panggil mereka "monyet" lagi!


Apa lagi pencacai UMNO yang lain mahu cakap? Lu mau hantam dalam komen blog GB apa bikin? Pergilah hantam Datuk Zaharin di Wall FBnya... bingai...

Bagi kita, kita akan terus berdoa!

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah 


Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).



- Sumber: Greenboc

PAS Kecam Media Arus Perdana - Laporan Dan Berita Fitnah Yang Disiarkan Tentang BERSIH 3.0




PAS mengecam keras laporan Sinar Harian, Berita Harian dll yang melapor berita fitnah mengenai keganasan terhadap kereta polis..Mengapa tak lapor kereta polis itu dipandu secara membabi buta sehingga melanggar orang ramai..? Memang media Umno-BN perangai mcm yahudi..




Media, Polis dan KDN bohongi fakta..kami berhimpun secara aman dalam Bersih 3.0..yg berlaku ialah keganasan atau police brutality semakin dahsyat..peguam PAS juga dipukul dgn ganas..tegas Mohd Sabu & peguam Asmuni Awi dlm sidang akhbar di Pejabat Agung PAS sekarang..





Jom Terjah!!! Kenapa PM Najib Melawat Dan Memohon Maaf Kepada Wartawan Di Hospital Dalam Insiden BERSIH 3.0

Wartawan akhbar The Sun, Radzi Razak yang mendakwa dipukul sehingga tujuh orang anggota polis hari ini menerima kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

radzi razak najib 290412Menurut Radzi, Najib telah meminta maaf kepadanya atasinsiden tersebut.

Najib dilihat berbisik kepada Radzi ketika melawat wartawan tersebut di wad Hospital Kuala Lumpur hari ini.

Radzi ketika ditemui mendakwa beliau dipukul oleh tujuh anggota berkenaan ketika berada di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Tuanku Abdul Razak dalam insiden semalam.
Turut mengunjungi Radzi hari ini ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Panas Berapi!!! Nora Danish Terbang Jauh ‘Membawa Diri Dan Hati’ Semasa Perkahwinan Bekas Suami Berlangsung... Moga Tenang Sekembalinya Dari Tanah Suci..

Seperti yang peminat hiburan tempatan sedia maklum, Nora Danish telah terbang jauh membawa diri dan hati ke Tanah Suci Mekah sewaktu perkahwinan Fasha Sandha dan juga Jejai Jumaat lalu.
Apa yang kami maksudkan ‘membawa diri dan hati’ bukanlah sebab beliau kecewa dengan perkahwinan dudanya itu, Nora Danish membawa hati ke sana untuk diserahkan kepada sang pencipta agar tenang hidupnya yang kebelakangan ini dilanda badai perasaan. Alhamdulillah.
Di sini kami menemui beberapa keping gambar milik Nora Danish sewaktu menunaikan umrah bersama dengan ibunya.
Tampak manis dan sopan Nora bertudung kan? Sejuk mata kami melihat beliau begini, semoga Nora Danish istiqamah sentiasa dalam beribadah, lagi-lagi selepas menunaikan umrah. Amin.
Sumber:Meow
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.