Video2 Jaringan: Inilah Keputusan Penuh Perlawanan Piala FA Malam Tadi...


http://speakerpecah.blogspot.com

KELANTAN 1-1 KEDAH

Perlawanan di antara Kelantan vs Kedah 21 April 2012 telah pun tamat. Perlawanan ini kami rasakan adalah perlawanan yang sengit dan sensasi ekoran beberapa kad kuning dan merah telah dilayangkan untuk kedua-dua pasukan. Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV ini, Kelantan hanya berjaya mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Kedah
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan dilihat lebih berhati-hati mengatur serangan. Namun, pada minit ke-16, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo yang diturunkan kembali selepas berehat panjang kerana mengalami kecederaan, berjaya menjaringkan gol pendahuluan. Tersentak dengan gol pendahuluan Kelantan, Kedah bagaimanapun berjaya memecah kebuntuan selepas pemain import baru dari Crotia mereka,Vedran Gercberjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-29.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com 
Bersambung pada babak kedua, pengadil telah mengarahkan seorang pemain Kelantan dan Kedah keluar dari padang selepas menerima kad kuning kedua kerana melakukan kekasaran terhadap pemain lawan. Kelantan dan Kedah yang masing-masing memiliki 10 pemain selepas itu bagaimanapun ketandusan jaringan walaupun diberi 8 minit masa kecederaanKeputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan. Perlawanan seterusnya akan diadakan pada 1 Mei 2012 di Stadium Darulaman, Alor Setar.

Gol Norshahrul Idlan Talaha

Gol Vedran Gerc
Kredit: SpeakerPecah

Bebogel Kerana Bantah Pemeriksaan Keselamatan... Inilah Gambarnya

PORTLAND: Kerana terlalu bosan dengan pemeriksaan keselamatan, seorang lelaki berusia 49 tahun bertindak berbogel di lapangan terbang bandar raya ini, semalam.
Tindakan lelaki dari Oregon itu menyebabkan beberapa penumpang menutup mata mereka sementara sebahagian lagi keluar dari laluan keselamatan untuk melihat, ketawa dan mengambil gambar, menurut laporan Polis Port of Portland.

Pegawai berulang kali mengarah John Brennan memakai semula pakaiannya tetapi dia menolak, menyebabkan dia ditahan.

Apabila diwawancara mengenai tindakannya, Brennan berkata, dia berbogel kerana membantah pemeriksaan Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan yang dia dakwa mengganggunya. - Reuters


Sumber: | AZIZUL HAKIM

Terkini!!! LIVE STREAMING: Kelantan vs Kedah 21 April 2012 [Separuh Akhir Pertama Piala FA] Kelantan Menjaringkan Gol di Minit ke 16



TV1



*Sila tunggu beberapa saat sehingga butang 'play' muncul. 
Sekiranya ada masalah, sila refresh kembali.

http://speakerpecah.blogspot.com




Sekarang sedang berlangsungnya perlawanan di antara Kelantan vs Kedah bagi saingan 
Separuh Akhir Pertama Piala FA 21 April 2012. Malam ini dijangka akan menjadi satu 
pertarungan sengit di mana Kedah baru sahaja mendapat khidmat pemain import baru dari 
Crotia, Vedran Gerc. Sementara Kelantan pula mungkin membuat kejutan di laman sendiri 
dengan adanya penyerang import bebrisa, Mohamad Ghaddar.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Selamat menonton.

Sumber- Speaker Pecah


[Gambar] Inilah Bukti Bob Kuman Masih Hidup... Kenapa Ada Orang Sebarkan Fitnah Mengatakan Beliau Meninggal?

Bob memegang kad yang mempunyai tarikh hari ini sebagai bukti dia masih hidup.
KUALA LUMPUR: Khabar angin mengenai kematian pelakon dan pelawak, Bob Kuman atau Husni Mohd Rawi, 41, yang disebarkan melalui beberapa laman sosial pada Sabtu disahkan palsu.
Rakan baiknya, Mohd Razali Harun, 39, berkata Bob Kuman masih sihat dan kini berada di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara.
"Saya amat kesal dengan penyebaran khabar angin seperti ini dan sedih kerana perkara sebegini terjadi kepada Bob.
"Saya berada di sisi beliau ketika mendapat tahu mengenai khabar angin tersebut dan ingin saya jelaskan di sini bahawa Bob sihat walaupun dibantu alat pernafasan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Katanya tahap kesihatan Bob kini sentiasa dipantau oleh pembantu perubatan di rumahnya.
Seorang rakan artis, Richie Rachman ketika dihubungi berkata, perbuatan menyebarkan berita palsu seperti ini merupakan satu perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab.
"Soal hidup dan mati memang tidak boleh dibuat main-main tidak kira sama ada artis ataupun orang biasa dan perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku," katanya. - BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.