Al Fatihah: Pelakon Dan Pelawak Zami Ismail Meninggal Dunia


Sejak akhir-akhir ni kami kerap dengar hal kematian dalam industri hiburan. terbaru, Pak Uda @ zami ismail telah meninggalkan kita buat selamanya pada pukul 10.20 pagi tadi di Institut Jantung Negara. Sebelum ini Pak Uda memang berada dalam keadaan lemah berikutan jantungnya yang tidak stabil.


Al-Fatihah buat arwah Zami Ismail, semoga rohnya berada dalam keadaan tenang dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.


P/S : Negara dah kehilangan pelakon dan pelawak yang bernilai di industri hiburan. Lawak pak zami memang terbaik dalam HKLBR.

Siapa MP Pas Yang Turut Sertai Flotilla Kemanusiaan Ke Gaza??

MP PAS juga sertai Freedom Flotilla

Perdana Menteri berkata beliau akan menulis kepada Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon untuk melantik wakil bagi memeriksa dan mengesahkan flotilla kemanusiaan itu yang disertai lebih 600 pertubuhan bukan kerajaan dari 20 negara itu tidak membawa sebarang senjata, dan semata-mata membawa bantuan kemanusiaan.

orange book forum klscah 250111 khalid samadMalaysia juga meminta PBB supaya memastikan keselamatan kapal-kapal flotilla kemanusiaan tersebut semasa ia berada di perairan antarabangsa.

Seramai 10 orang rakyat Malaysia, termasuk dua wakil media akan turut sama dalam pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) kali kedua ke Gaza yang dikenali sebagai "International Freedom Flotilla II".

Selain Ketua Misi LL4G, Dr Noorazman Mohd Samsudin, rombongan kali ini akan disertai Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, Pengerusi AMAN Malaysia Datuk Ahmad Zaki Zahid, anggota parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad (kiri), dan Bendahari Muslim Care Malaysia Zulkefli Wahijan.

Turut sama Setiausaha Agung Pertubuhan Kebajikan Islamiah al Ehsan Ismail Darus, Wartawan Astro Awani Nazri Kahar serta jurukamera Astro Awani, Wan Yusani Amir.

NONENajib berkata permohonan yang kerajaan Malaysia kemukakan kepada PBB adalah berasaskan permohonan yang diterima dari LL4G yang didapati wajar dibantu oleh kerajaan.

"Kita tidak hendak 10 wira kita ini dilakukan sebarang penganiayaan terhadap mereka," katanya.

Terdahulu, dalam ucapan aluannya, Noorazman meminta kerajaan supaya mengemukakan dua cadangan kepada PBB bagi mengelak berulangnya tragedi ke atas "Freedom Flotilla" pada 31 Mei tahun lepas di mana enam buah kapal daripada flotilla itu diserang oleh tentera Israel di perairan antarbangsa.

Ketika tragedi itu, "Freedom Flotilla" anjuran Gerakan Pembebasan Gaza (FGM) dan Yayasan bagi Hak Asasi Manusia Turki sedang membawa bantuan kemanusiaan dan bahan binaan.

Misi tersebut yang dijangka memulakan pelayaran ke Gaza pada 27 atau 28 Jun bertemakan "Pertahankan Kemanusiaan" (Stay Human) dan akan disertai 13 buah kapal antarabangsa -- 10 kapal penumpang dan tiga kapal kargo.

Misi itu untuk menghantar bantuan kemanusiaan, turut akan memberi tekanan kepada Israel supaya menamatkan halangan ekonomi terhadap penduduk Palestin khususnya di Gaza.

NONENoorazman berkata, sebagai persiapan menghadapi sebarang kemungkinan termasuk serangan daripada tentera laut Israel, pihaknya akan memulakan latihan bermula esok, termasuk latihan kecemasan ketika berada di air, berhadapan dengan komando Israel dan tekanan mental.

Beliau berkata mereka akan membawa alat pendidikan, makanan, ubat-ubatan serta barang-barang binaan.

Video Dan Gambar2 Erra Fazira Bertudung, Dilantik Duta Produk


KOTA BHARU – Pelakon popular Erra Fazira menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa tindakannya menjadi model produk tudung sebuah syarikat di sini bertujuan mengembalikan popularitinya yang kini menurun akibat saingan artis baru.

Sebaliknya beliau berkata, tindakannya menerima tawaran syarikat Desa Murni Batik Sdn. Bhd. itu selaras dengan niatnya untuk memakai tudung sepenuhnya satu hari nanti.

Baginya, tidak salah artis menjadi model produk tudung kerana ia merupakan satu tanggungjawab sama jika beliau menjadi model kepada mana-mana syarikat dan produk lain.

“Tujuan saya jadi model produk tudung bukan untuk tarik peminat sebaliknya ia adalah salah satu amanah sebagai duta.

“Peminat datang dengan sendiri. Kadang-kadang kita pakai tudung pun, kalau orang tak minat, tak minat juga,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Desa Murni Batik cawangan Kota Bharu di sini semalam

"Saya Rasa Dipermainkan" Mat Sabu Kecewa Penganjur L4G Batalkan Slot Pidato Akibat Tekanan Dari Pejabat PM...

Nama Mohamad Sabu ditutup pada
backdrop di pentas utama
KUALA LUMPUR, 18 Jun - Pihak penganjur Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (L4G) Malaysia yang dijadual dilancarkan jam 9 malam ini oleh Perdana Menteri, membatalkan slot pidato yang sepatutnya menampilkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Selain Mohamad yang dijemput mewakili Pakatan Rakyat, pidato menyentuh isu Palestin yang diadakan di Stadium Badminton Cheras itu juga sepatutnya disampaikan oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin sebagai mewakili BN.
Tindakan itu difahamkan dibuat ekoran mereka mendapat tekanan dari Pejabat Perdana Menteri. "Pihak JPM maklumkan kepada kita, Datuk Seri Najib tak nak Mohamad Sabu menyampaikan pidato. "Kalau penganjur nak teruskan juga dengan Mohamad Sabu, PM pula tak mahu datang rasmi", kata salah seorang petugas ketika ditemui.

Malah, nama Mohamad dan Khairy di backdrop yang diletakkan di pentas juga turut ditutup.Khairy bagaimanapun dilihat hadir pada program malam ini. Sehingga kini belum ada sebarang pengumuman dibuat penganjur kepada hadirin yang hadir berhubung pembatalan itu.

Bagaimanapun, tindakan penganjur menutup nama Mohamad dan Khairy pada backdrop di pentas, menimbulkan tanda tanya di kalangan mereka. Ramai dikalangan mereka yang datang malam ini dipercayai mahu melihat Mohamad yang sebelum ini banyak menghentam Umno, duduk sepentas dengan Najib. Bagaimanapun, sebahagiaannya dilihat mula pulang awal apabila mendapat tahu berhubung pembatalan itu.

Rasa dipermainkan

Mohamad ketika dihubungi Harakahdaily turut mengesahkan pembatalan itu. Menurutnya, beliau hanya dimaklumkan berhubung perkara itu pagi tadi. "Semalam penganjur kata saya dijemput berucap tentang isu Palestin selama 10 minit. "Tiba-tiba hari ini kata tak boleh pula, sedangkan dalam media semua dah sebut saya akan berpidato malam ini.

"Saya rasa dipermainkan", katanya kecewa dan memaklumkan tidak akan hadir program malam ini. Bagaimanapun, penjelasan lanjut berhubung perkara itu akan dibuat pada sidang media khas jam 10 pagi esok di restoran Haslam, Jalan Pahang./Hrkh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.