“Saya rasa selesa bersama dia, ke mana juga saya pergi saya tetap ingin melihat dan berjumpanya." Pengakuan Ally Iskandar Mengenai Bakal Isterinya

Ally Iskandar telah melangsungkan pertunangan dengan Nur Aisyah Zainal pada 11 Februari lalu.

PETALING JAYA: Pengacara Malaysia Hari Ini, Ally Iskandar, 35, memberitahu tidak kisah akan kehilangan peminat wanita apabila mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan Nur Aisyah Zainal, 26, pada penghujung tahun ini.

Jelas Ally, dia lebih memikirkan masa depan dan kehidupan berkeluarga berbanding pandangan peminat-peminatnya.

“Saya tidak fikir peminat-peminat saya lari selepas berkahwin, lagipun saya selalu berfikir sampai bila saya akan diminati terutama ketika umur semakin meningkat.

“Saya lagi takut jika tidak kahwin. Sekarang mungkin ada orang yang ingin lihat wajah saya tetapi bila sudah tua siapa yang akan tengok kecuali isteri dan anak-anak sendiri,” ujarnya ketika ditemui di Sri Pentas.

Ally mengakui tahun ini merupakan tahun paling sesuai untuknya mendirikan rumah tangga.

Pasangan ini melangsungkan majlis pertunangan pada 11 Februari lalu di rumah kakak Aishah di Taman Sri Intan, Ampang, Selangor.

Tambah Ally, perkenalan sejak tahun 2008 itu telah membuahkan bibit-bibit cinta antara mereka. Malah keluarga kedua-dua pihak turut senang dengan hubungan tersebut.

“Saya mengenali Aishah pada tahun 2008 tapi ketika itu hanya sekadar kawan biasa sahaja sehinggalah tiga bulan lalu kami benar-benar rapat.

“Keluarga saya juga suka kepada Aishah dan sebelum ini mereka menyebut nama Aishah sebagai calon isteri saya,” katanya.

Ketika ditanya keistimewaan wanita ini pada matanya, Ally memberitahu bahawa dia selesa bersama wanita tersebut.

“Saya rasa selesa bersama dia, ke mana juga saya pergi saya tetap ingin melihat dan berjumpanya.

“Dari segi kerjaya dia juga memahami bagaimana pekerjaan saya, dia juga sibuk dengan perniagaannya,” ujar Ally.

Dalam pada itu, Ally turut meminta maaf kepada peminat dan media yang tidak diberitahu tentang majlis tersebut.

Jelas Ally, dia menghormati permintaan kedua-dua pihak yang mahu majlis tersebut dijalankan secara tertutup dan peribadi.

“Kami hanya menjemput ahli keluarga terdekat sahaja dan bukan berniat merahsiakan perkara ini kepada semua,” katanya.

Siaran Langsung Majlis Ceramah Perdana Sempena Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS

Untuk anda ikuti majlis Ceramah Perdana
Sempena Himpunan 30 ribu Pemuda PAS

http://webtv.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=14&Itemid=36

Para Rocker Malaysia Minatt Dengan Parti Islam - Datuk Mahfuz

Pelakon dan penulis lirik terkenal Bob Lokman hari ini mengejutkan banyak pihak apabila hadir ke himpunan besar Pemuda PAS dan di Alor Setar bagi memohon menyertai parti Islam itu.

Beliau menyerahkan borang keahliannya kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang juga pesuruhjaya PAS negeri.

Bagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, penyertaan golongan selebriti itu diharapkan memberi anafas baru kepada PAS supaya parti itu dianggotai pelbagai lapisan masyarakat.

pas rally kedah 190211 bob lokman"Kami rasa ini akan menarik perhatian lebih ramai golongan muda...," kata Mahfuz kepadaMalaysiakini.

Bagaimanapun, tambahnya, Bob - penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Search - bukanlah artis pertama yang menyertai PAS.

Sebelum ini terdapat juga artis lain seperti Akill Hayy dan Ito daripada kumpulan Blues Gang menyertainya, kata Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Sementara Amy Searh pula didakwa agak dekat dengan pemimpin PAS dan sering hadir ke program parti itu.

"Kami sebenarnya popular di kalangan rockers (penyanyi rock)," kata Mahfuz sambil berjenaka.

Katanya, penyertaan itu menunjukkan kepelbagaian dalam PAS.

Sentiasa Dikemaskini - Lintas Langsung Himpunan 30K: Gambar2 Terkini - Ratusan Ribuan Manusia Membanjiri Dataran Kompleks PAS Kedah

Paklong sedang mendendangkan lagu Selagi Ada Rindu

Bob Lokman Tengah Berapi Memberi Ucapan Semangat Kepada Para Pejuang PAS



Penyerahan Borang Keahlian PAS Kepada MB Negeri Kedah Darul Aman





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.