Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
Anwar kena belajar dengan Probowo4 days ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.4 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
Bagaimanapun Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mencabar Noh membuktikan kos yang didakwanya itu. Namun sehingga hari ini, timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor itu gagal menyahut cabaran itu ataupun membuktikan dakwaan yang dibuatnya.Khalid juga sebelum itu mengarahkan agar majlis itu dibatalkan dan mengalu-alukan siasatan oleh SPRM.
Yayasan Selangor semasa pemerintahan kerajaan BN tidak pernah diaudit selama lima tahun bermula dari tahun 2005.
Tak ingat
Sebelum itu, Karpal bertanya kepada Dr Siew berhubung apa yang diisi dalam borang perubatan.
Nama pesakit - saksi menjawab, "Mohd Saiful Bin Bukhari."
No IC - Dr Siew berkata dia tidak ingat.
Tarikh lahir - sekali lagi doktor itu berkata dia tidak ingat.
Pekerjaan - “pembantu peribadi”
Status - "bujang"
Dr Siew juga berkata dia tidak ingat nombor laporan polis berkenaan.
Karpal kemudian meminta Dr Siew merujuk kepada laporan perubatan. “ Bukankah awak ingin menyegarkan semula ingatan awak berdasarkan nota itu?”
Saksi berkata dia hanya merujuk kepada maklumat dalam laporan perubatan terakhir dan bukan nota perubatan yang asal.
"Saya ada laporan yang lengkap,” katanya.
Pagi tadi, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sekali lagi menolak permohonan pihak peguambela bagi mendapatkan nota perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam perbicaraan kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, mahkamah tidak boleh memaksa dokumen itu dikemukakan.
Keputusan mahkamah agung
Sebelum itu berlaku pertikaman lidah antara peguam utama pihak pembelaan Karpal Singh yang berhujah bahawa hakim gagal memahami Seksyen 45, Akta Keterangan 1950 yang mensyaratkan seseorang pakar perlu mengemukakan semua dokumen bagi menyokong semua hujah yang dikemukakan di mahkamah.
"Ini keputusan Mahkamah Agung.”
Hakim Mohamad Zabidin berkata: "Bagaimana jika dia (saksi) tidak mahu melihatnya (dokumen)?”
Karpal berkata ini tidak adil dan ini menyukarkan tugas pihak pembelaan dalam melaksanakan tugas mereka.
“Apa yang mungkin Yang Arif catatkan adalah tidak berguna kecuali ia disokong oleh data dan ia tidak berguna dengan tulisan di atas kertas itu.”"Kenapa mesti Yang Arif duduk dan terdedah kepada tidak tentu arah?” soal Karpal.
Katanya, tindakan itu bagi membantu mahkamah mendapatkan gambaran dari sudut sains.
Justeru, menurut Karpal, adalah tidak adil kepada pihak peguambela jika data yang disertakan tidak menyokong kenyataan lisan dan bercanggah dengan sistem perundangan.
"Fungsi pakar (saksi) adalah mengemukakan kepada mahkamah setiap maklumat bagi menyokong keterangan dalam terma sains agar mahkamah tidak tersilap arah," kata Karpal.
Bagaimanapun Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin mencelah mengatakan saksi layak menjawab secara lisan selain tiada desakan untuk saksi mengemukakan data.
Katanya tugas pakar patologi HKL, Dr Siew hanya untuk mengambil sampel dan mengenalpasti kecederaan dan bukan mengenalpasti data.
Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.