Mayat Mangsa Lemas Dua Minggu Lepas Ditemui Terapung

KUANTAN - Mayat pelajar Kolej Pahang Skills Development Centre (PSDC) yang hilang di Sungai Pahang berhampiran Kampung Serambi, Pekan sejak dua minggu lepas ditemui terapung berdekatan Kampung Padang Rumbia, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supt. Yahya Othman berkata, mangsa, Hasif Hariri, 20, dijumpai seorang lelaki yang menaiki sebuah bot di sungai berkenaan pada 9 pagi.

"Jenazah kemudian dibawa ke Hospital Pekan dan telah dituntut oleh ahli keluarga sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Serambi pada 2 petang tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Katanya, mangsa dipercayai tersangkut di dasar sungai berikutan penemuan mayat itu hanya kira-kira lima kilometer dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh.

- Bernama

Mesyuarat Agung PKR Cabang Kapar Ditangguhkan - Ahli Terlalu Ramai & Keraguan Kertas Undi

Mesyuarat agung cabang PKR Kapar yang dijadualkan hari ini terpaksa ditangguhkan atas beberapa sebab, termasuk kehadiran ahli yang terlalu ramai dan keraguan pada kertas mengundi.

Berikutan itu, naib ketua cabang berkenaan, S Manikavasagam berkata keadaan itu menimbulkan masalah kerana jumlah petugas dan pegawas pemilihan tidak mencukupi.

pkr pas tian chua saifuddin nasution manikavasagam permatang pauh pc 220808 02Katanya, sehingga tengahari tadi, lebih 3,000 ahli hadir untuk mengambil bahagian dalam pemilihan peringkat cabang dan pencalonan bagi pucuk pimpinan pusat.

Menurutnya, cabang tersebut mempunyai 5,600 ahli yang layak mengundi hari ini.

Di samping itu, katanya, wujud keraguan pada kertas mengundi untuk pemilihan cabang.

"Ada calon AMK yang nak bertanding, tapi namanya hilang dalam kertas undi.

"Manakala calon wanita yang tarik diri, namanya masih ada lagi kertas undi.

"Jadi, kita meragui kertas undi tersebut," katanya ketika dihubungi
Malaysiakini petang ini.

sehubungan itu, katanya, beliau telah berbincang dengan jawatankuasa pemilihan parti, yang bersetuju mesyuarat hari ini ditangguhkan.

Menurutnya, penangguhan mesyuarat tersebut diumumkan oleh pengerusi tetap pada jam 1.30 tengahari tadi.

"Ahli-ahli yang hadir juga setuju sebulat suara, tiada (ada) pergaduhan apa-apa," katanya.

Manikavasagam berkata, mesyuarat tersebut diadakan di Dewan Serbaguna Meru, yang mampu menampung kira-kira 1,000 orang.

Ditanya mengenainya, beliau berkata, mungkin pihak pusat tidak menyangka kehadiran ahli yang terlalu pada hari ini.

"Ada kelemahan (dalam mengendalikan mesyuarat). Suasana tadi panas macam suasana pilihan raya," katanya.

Gambar2 Majlis Perkasa.. Lebih 500 Ribu Hadir?


1. Memalukan! kehadiran tokoh ulung negara yang kononnya disegani dlm dan luar negara langsung tidak mampu menarik orang ramai ke majlis perhimpunan PERKASA di Kelantan..

2. Hanya sekitar 1000-2000 orang yang berkumpul walaupun telah mendapat publisiti yang meluas dari media arus perdana..

3. Jumlah ini tersangat rendah berbanding ketika kehadiran Mahathir ketika memegang kuasa dahulu.. nampaknya pengaruh beliau semakin merudum di Kelantan..

4. Penganjur terpaksa mengerahkan bukan-Islam untuk hadir ke program ini dengan menjemput pelajar2 sekolah membuat persembahan Tarian Naga..namun ternyata, ianya gagal untuk menarik perhatian non-muslim..

5. Kehadiran seramai ini di dalam sebuah negeri majoriti Melayu ternyata merupakan satu kegagalan, dan memalukan penyokong tegar parti perkuaman Umno...

6. Petanda Umno belum mampu utk merampas kuasa memerintah Kelantan...fikir2kan..











































Kes Bunuh Datuk Sosilawati: Lokasi Baru Kes Pembunuhan Akan Digali Dalam Proses Siasatan.

Kelihatan sebuah jentera jentolak dibawa masuk oleh anggota polis ke ladang milik suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain bagi membantu siasatan di Ladang Gandong, Tanjung Sepat semalam. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR, 26 Sept — Selepas dua minggu tempat pembunuhan jutawan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya dikesan, polis dijangka akan menjalankan kerja kerja menggali ladang milik suspek utama kes ini, pagi ini bagi mendapatkan bukti terbaru — tempat sesetengah mangsa ditanam.

Dua lokasi baru dipercayai merupakan tempat dua mayat yang dikaitkan dengan suspek utama kes bunuh Sosilawati dan tiga lelaki lain ditanam, ditemui di kawasan Ladang Gadong, Banting semalam.

Mengikut laporan, kedua-dua lokasi itu terletak di kawasan ladang milik suspek utama terbabit, di mana satu daripadanya terletak di bahagian dalam manakala satu lagi di bahagian luar.

Laporan itu menyebut, polis mendapat petunjuk berhubung lokasi berkenaan hasil maklumat daripada empat suspek yang dibawa masuk ke dalam ladang itu kira-kira pukul 4 petang semalam.

Sebuah jentolak dibawa masuk kira-kira pukul 4.30 petang di kawasan ladang itu dipercayai digunakan untuk kerja-kerja mengesan lokasi mayat tersebut.

Bagaimanapun, operasi mengorek dua lokasi itu hanya akan dilakukan pagi ini berikutan kesemua kenderaaan forensik, MPV polis dan sebuah van yang membawa suspek, keluar semula dari ladang itu kira-kira pukul 6.45 petang.

Malah semalam, tiga suspek kes pembunuhan kejam Sosilawati Lawiya ditahan semula bagi membantu siasatan polis berhubung pembunuhan seorang ahli perniagaan dari India.

Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, polis akan memohon perintah tahanan reman terhadap ketiga-tiga suspek hari ini.

Kehilangan ahli perniagaan berkenaan, Allal Kathan Muthuraja, turut dikaitkan dengan suspek kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain, apabila dia dilapor hilang selepas dijemput kedua-dua peguam itu, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebaik tiba di Malaysia 18 Januari lepas.

Rabu lepas, polis mengesahkan Muthuraja, 34, yang dilaporkan hilang sejak awal tahun ini, telah dibunuh.

Isteri mangsa, S.Usharani, 24, membuat laporan mengenai kehilangan suaminya di Balai Polis Banting pada 8 September lepas, dan memberi keterangan berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat kelmarin.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu yang dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Pada 13 September lepas, polis mengesahkan keempat-empat mereka telah dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong.

Suspek utama kes ini turut dikaitkan dengan kes kehilangan beberapa individu lain termasuk seorang kontraktor Shafik Abdullah, 37, dari Kedah serta seorang rakannya.

Kesemua mereka dilaporkan hilang selepas berjumpa dengan suspek utama itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.