Menteri Pelajaran Tiada Kuasa Ke Atas Pegawai Kerajaan Gred Gaji 48 Dan Keatas...

Kementerian Pelajaran tidak boleh menentukan tindakan ke atas pengetua rasis Bukit Selambau kerana ia dibidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga adalah menteri pelajaran.

"Menteri tidak boleh membuat sebarang keputusan berhubung pegawai kerajaan yang berada pada tangga gaji gred 48 dan ke atas, saya percaya gred pengetua itu adalah 52.

"Bagi pegawai bergred seumpama itu hanya lembaga disiplin Jabatan Perkhidmatan Awam yang diketuai oleh ketua pengarah boleh bertindak,” katanya.

Muhyiddin berkata kementerian pelajaran telah menjalankan siasatannya sendiri dan menyerahkan hasil siasatan kepada suruhanjaya perkhidmatan awam bagi membuat keputusan.

"Ia bidang kuasa mereka. Saya telah mengumumkannya, jadi kita tunggu apa keputusan yang mereka akan ambil,” katanya.

Pada 4 September lalu, Star melaporkan JPA telah menerima laporan setebal enam inci daripada kementerian itu tetapi masih membisu berhubung keputusannya.

Dua hari lau, MCA melahirkan rasa tidak berpuas hatinya dengan pengetua yang tidak dikenakan sebarang hukuman kerana mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap peljar bukan Melayu pada bulan Ramadan yang lalu.

Ketua MCA Kedah, Chong Itt Chew berkata jika pengetua itu - Ungku Aznan Ungku Ismail, tidak dipindahkan ke sekolah lain, parti itu mungkin menganjurkan protes di depan sekolah berkenaan.

Chong berkata ibu bapa murid-murid terbabit juga telah memohon kepada jabatan pelajaran agar pengetua SMK Bukit Selambau (SMKBS), Sungai Petani, itu dipindahkan secepat mungkin.

Kunjungan SSM Ke Pejabat I'Da World Group Sdn Bhd Untuk Apa?

Dua orang pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) membuat kunjungan mengejut ke pejabat I'Da World Group Sdn Bhd hari ini.

Difahamkan, mereka dari bahagian pematuhan suruhanjaya itu datang untuk memeriksa status syarikat berkenaan.

Diperhatikan pegawai berkenaan turut mengambil gambar di ruang dalaman pejabat syarikat tersebut di Kelana Jaya.

Kedua-dua pegawai tersebut turut menemui ketua pegawai eksekutif syarikat berkenaan Mohamad Sobri Din.

I'DA World Group Sdn Bhd mencuri tumpuan dan menimbulkan kejutan semua pihak kerana dikatakan bermurah hati untuk menderma sebanyak RM4 bilion kepada PAS Kelantan bagi membangunkan negeri itu.

Ini termasuk Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) yang membabitkan kawasan seluas 144,000 ekar atau 576 hektar melibatkan kos RM313.71 juta.

Cek replika sumbangan itu diterima oleh adik menteri besar Kelantan, Nik Din Nik Mat pada Ahad lalu.

Sementara itu, kedua-dua pegawai SSM tersebut keluar dari pejabat berkenaan kira-kira 40 minit kemudian tanpa bercakap kepada pemberita.

Mohamad Sobri ketika ditemui selepas itu berkata, beliau tidak diberitahu pemeriksaan itu dibuat mengikut seksyen mana.

Tambahnya, pegawai berkenaan juga tidak mengambil sebarang dokumen daripada pejabat tersebut.

Ketua Polis Selangor Digesa Berlaku Adil - Waran Tangkap Ketua AMK

Shamsul: Sebagai rakyat Malaysia, apatah lagi sebagai pengamal undang-undang saya tertakluk kepada undang-undang, bukannya hebahan media seseorang pegawai kanan polis.
KUALA LUMPUR, 23 Sept — Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata adalah tidak adil dan tersasar dari lunas undang-undang jika polis Selangor mendakwa beliau gagal dihubungi berhubung dakwaannya yang mengaitkan pihak berkuasa ini dengan kes Datuk Sosilawati Lawiya. Sambil mendakwa tidak ada sebarang percubaan menurut kaedah undang-undang untuk menghubunginya dilakukan, Shamsul Iskandar menggesa Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar bersikap profesional dalam hal ini.

“Sekiranya saya mahu dipanggil, sewajarnya prosedur yang betul dipatuhi, bukannya siasatan melalui media.

“Sebagai rakyat Malaysia, apatah lagi sebagai pengamal undang-undang saya tertakluk kepada undang-undang, bukannya hebahan media seseorang pegawai kanan polis,” kata Shamsul Iskandar dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Shamsul Iskandar memberitahu, beliau juga akan menghantar sesalinan respons rasminya ke laman sosial Facebook Khalid memandangkan “kaedah Facebook” ini merupakan kegemaran beliau.

“Saya telah mengarahkan peguam saya, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff yang juga merupakan Ahli Parlimen Balik Pulau untuk bertindak bagi pihak saya di dalam isu ini dan berurusan dengan pihak polis,” katanya lagi.

Shamsul Iskandar juga berkata beliau akan memperincikan pendirian dan kenyataannya kepada umum bersabit kes ini di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang esok.

Semalam, Khalid memberi amaran kepada Shamsul Iskandar bahawa waran tangkap akan dikeluarkan terhadapnya jika terus mengelakkan diri daripada memberi keterangan berhubung dakwaannya ke atas polis.

Khalid berkata Shamsul Iskandar sepatutnya hadir di balai polis jika benar mempunyai bukti-bukti kukuh yang menyokong dakwaannya itu.

“Shamsul sendiri tahu keterangannya diperlukan polis bagi membantu siasatan kes ini, namun dia masih tidak muncul dan telefon bimbitnya pula ditutup sekarang.
“Kalau ada bukti, datang kepada polis dan sahkan dakwaannya itu ... kita beri peluang.

“Polis akan keluarkan perintah mengikut Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah jika enggan untuk hadir membantu siasatan polis. Bagaimanapun, tindakan mengeluarkan waran tangkap terhadap Shamsul Iskandar adalah sebagai langkah terakhir jika polis masih gagal hubungi beliau,” kata Khalid.

Shamsul Iskandar berkata beliau memandang serius akan dakwaan Khalid yang mendakwanya gagal dihubungi bersabit kenyataan mengenai spekulasi kes pembunuhan Sosilawati.

“Ini sehingga membawa kepada kemungkinan waran tangkap dikeluarkan kepada saya berikutan kegagalan saya, kononnya, untuk bekerjasama dengan pihak polis.

“Suka saya menegaskan beberapa perkara untuk diambil maklum oleh pihak polis khususnya Datuk Khalid sendiri,” kata beliau.

“Pertama, saya tidak pernah membuat sebarang tuduhan, sebaliknya saya melontarkan pertanyaan apakah mungkin wujud sebarang bentuk salah guna kuasa dan penyelewengan di peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Banting yang gagal bertindak untuk beberapa kes bunuh terdahulu yang melibatkan suspek, yang telah diklasifikasikan sebagai kes orang hilang. Kes-kes ini, hanya dibuka semula selepas kes pembunuhan Datuk Sosilawati meletus yang nyata mendapat perhatian luar biasa daripada media.

“Kedua, ingin saya tegaskan, sehingga hari ini saya tidak pernah dimaklumkan menurut kaedah-kaedah dan amalan undang-undang seperti yang diperincikan di dalam Kanun Acara Jenayah di dalam hal yang bersabit dengan prosedur memberikan sebarang kenyataan untuk membantu siasatan polis,” kata beliau lagi.

Shamsul Iskandar menerusi siaran berita portal TV Selangor pada 13 September lepas mengaitkan kepimpinan tertinggi pasukan polis sebagai yang didakwa terbabit dalam pembunuhan kejam Sosilawati bersama tiga lagi rakannya.
Sosilawati, 47, bersama pemandu, Kamarudin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohamad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang 30 Ogos lepas sebelum ditemui mati dibunuh di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting.

Sapa Nak Tengok Kereta Nissan Fairlady Milik Shahir AF8 Selepas Terlibat Kemalangan

kereta fairlady shahir af8


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.