Gambar2 Terlampau : Jutawan Malaysia Perabih Duit Bersama Paris Hilton

2 million usd partying with paris hilton

paris hilton and friend drunk at club

paris hilton clubbing with new paris hilton boyfriend

Untuk Selanjutnya Lihat Link

"Hubungan Romatik" Saiful & Farah Timbalan Pendakwa Raya Salah - AG Gugurkan Farah...

PUTRAJAYA, 27 Julai (Bernama) — Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini mengesahkan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif telah digugurkan daripada pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, langkah itu adalah susulan terhadap dakwaan bahawa Farah Azlina mempunyai “hubungan romantik” dengan saksi utama kes tersebut, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar pada Jun 2008.

Farah Azlina turut digugurkan daripada Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara atas faktor yang sama, katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Sidang akhbar berkenaan diadakan bagi menjelaskan perkembangan terkini sekaligus menjawab persoalan mengenai hubungan Farah Azlina dan Mohd Saiful seperti yang disiarkan oleh laman web Malaysia Today baru-baru ini.

Abdul Gani berkata, Farah Azlina terpaksa digugurkan bukan kerana beliau didapati bersalah tetapi bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif daripada orang ramai terhadap pasukan pendakwa.

— Bernama

Aziz Desa Diberi Amaran Jika Gagal Mohon Maaf

PETALING JAYA: Penyanyi Amylea Azizan (gambar) meminta pengacara Nasi Lemak Kopi O di TV9, Aziz Desa supaya menutup mulut serta tidak menyebarkan berita yang bukan-bukan termasuklah menuduhnya sebagai anak Langkawi yang lupa daratan.

Amylea yang dihubungi Mstar Online Isnin, berkata, dia kecewa dengan sikap pengacara itu yang masih membawa isu lama untuk memanaskan dunia hiburan dan bukan berusaha untuk memulihkan keadaan.

"Saya minta dia supaya tutup mulut dan jangan kaitkan apa-apa tentang diri saya. Cukuplah selama ini dia menyebarkan berita yang bukan-bukan terhadap saya," katanya.

Menurut Amylea, krisis diantara dia dengan Aziz Desa itu bermula kira-kira lima tahun lalu ketika pengacara itu menawarkannya menjadi duta Anti Fitnah di Langkawi.

Bagaimanapun Amylea terpaksa menolak tawaran itu kerana memikirkan masih terlalu muda untuk memikul tanggungjawab tersebut.

Lagipun kata Amylea, dia bukan anak jati Langkawi dan hanya tinggal selama dua tahun sahaja di pulau itu kerana mengikut bapanya yang bekerja di sebuah hotel di sana.

Katanya disebabkan dia menolak tawaran tersebut, Aziz menuduhnya sebagai anak Langkawi yang lupa daratan sehingga timbul dakwaan mengatakan dia tidak mempedulikan ibu dan bapanya lagi.

"Walaupun peristiwa itu sudah lama tapi ia sering dibangkitkan, ramai yang menyindir mengatakan saya tinggalkan orang tua di kampung, padahal mereka tidak tahu hakikatnya kami sekeluarga sudah pun menetap di Kuala Lumpur.

"Percayalah walaupun saya bukan anak jati pulau itu tapi saya sangat berbangga tinggal di sana, Langkawi sebuah tempat yang sangat indah dan cantik bagi saya," ujarnya.

Amylea yang kecewa dengan tindakan itu memohon agar pengacara berkenaan memohon maaf di atas perbuatannya itu dengan segera.

Wedding Of The Year 2010 - Angkasawan Negara Bakal Akhiri Zaman Bujang Pada 10. 10. 10

Angkasawan Negara kita Dr Sheik Muzaphar Shukor bakal menamatkan zaman bujang pada tarikh cantik 10.10.2010 ni. Mesti perkahwinan angkasawan negara kita ni jadi Wedding Of The Year.

Perkahwinan orang penting ni dan dikenali ramai mesti kena jemput ramai vip.
Jom terjah konsep perkahwinan Dr Sheikh Muzaphar ni.






Konsep perkahwinan beliau bertemakan ala ala istana kanyangan..Macam putera raja le ni..heheh!! Ada tak kapal angkasa kot jadi kereta berhias nak buat berarak ahahah!! alien tak dijemput..sori heheh!!

Tetamu kehormat lak mesti dari angkasawan luar negara, orang orang kenamaan, menteri menteri lagi..

Menyajikan yang terbaik dan terindah le. Orang luar negeri nak tengok budaya di Malaysia kan. Konsep ala tradisional macam putera raja. Tempat berlangsung perkahwinan angkasawan negara kita ni ialah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya.

Ada persembahan dari artis artis terkenal tanahair lagi.

Semoga berbahagia le dan selamat melangsungkan perkahwinan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.