Pilihan Raya Kecil Parlimen Padang Serai??? Kita Tunggu SPR Umumkan...

Ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan hari ini didapati bersalah kerana menghalang tugas polis dalam satu kejadian yang berlaku lebih lapan tahun lalu pada Januari, 2002.

Gobalakrishnan, yang didakwa di Mahkamah Majistret Pulau Pinang didenda RM3,000 atau menghadapi penjara enam bulan.

Ketika dihubungi, pemimpin PKR itu berkata beliau cuba membayar dendanya tetapi kaunter bayaran telah ditutup pada jam 12.15 petang tadi untuk solat Jumaat.


"Saya mungkin terpaksa menghabiskan masa di lokap," katanya kepada Malaysiakini.



Gobalakrishnan, yang juga ahli majlis tertinggi PKR berkata beliau akan membuat rayuan.


Pada 29 Januari, 2002, beliau ditahan selepas mempersoalkan tindakan polis menghalang 30 penyokong Keadilan (sekarang PKR) daripada menari ketika sambutan Thaipusam di Geogetown.



Pihak polis mendakwa Gobalakrishnan menghalang anggotanya daripada menjalankan tugas mereka.


Katak2 Di Kedah, Ada Masa Kalut Nak Lompat.. Ada Masa Tak Mau Lompat - Tunggu Minggu Depan Kita Dengar Penjelasan...

PAS Kedah akan memanggil tiga exco kerajaan negeri dari PKR dan seorang ADUN DAP, untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan yang tersebar luar kononnya mereka akan melompat meninggalkan Pakatan Rakyat.

T

iga exco PKR itu S Manikumar yang juga ADUN Bukit Selambau, Tan Chow Kang (Sidam) dan Lim Soo Nee (Kulim). Manakala ADUN DAP itu pula ialah Lee Guan Aik.

Mereka akan diminta memberi penjelasan dalam satu majlis ceramah anjuran PAS negeri - bertajuk "DUN Kedah Bubar?" - di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut, jam 9 malam 22 Mei depan.

Setiausaha PAS negeri, Muhamad Yusof Husin berkata mereka diminta memberi penjelasan tersebut supaya rakyat tahu kedudukan sebenar mengenai desas desus yang mengaitkan nama mereka.

"Kita mengakui rakyat berada dalam kegelisahan dengan keadaan dan senario politik yang berlaku di negeri ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam.

Menurutnya, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (kanan, bersongkok) dan Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim akan turut hadir dan berucap di majlis tersebut.

"Menteri besar sendiri akan menjelaskan pendirian (kerajaan negeri) berhubung perkara ini dalam ceramah berkenaan," katanya.

Muhamad memberitahu demikian ketika diminta mengulas laporan di mana ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membayangkan peristiwa kejatuhan kerajaan Pakatan di Perak, akan berulang dalam waktu terdekat.

Kini, empat negeri dikuasai Pakatan Rakyat iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

Pakatan Rakyat di Kedah menguasai 20 daripada 36 kerusi DUN di mana PAS memperolehi 16 kerusi, PKR (3) dan DAP satu kerusi.

Manakala BN pula mempunyai 13 kerusi dan terdapat dua wakil rakyat Bebas. Manakala mahkamah mengiystiharkan kerusi Kota Siputih dan kini BN dalam prose membuat rayuan.

Diminta mengulas lanjut berhubung mengenai desas desus isu lompat di kalangan ADUN PAS termasuk exco PKR itu, Muhamad Yusof berkata tidak timbul wakil rakyat PAS untuk berbuat demikian.

Ini kerana, katanya yang juga seorang senator menjelaskan mereka masih setia dan berjanji dengan perjuangan parti.

"Cerita lompat-melompat ini kita dengar sejak tahun 2008 sampai sekarang... PAS bukan nak berlagak, kita rasa (exco PKR) yang ada sekarang ini, kita percaya. Sebab mereka semua exco negeri," katanya.

Me
nurutnya, PAS negeri juga tidak mahu kerajaan Pakatan di Kedah mengalami nasib berulang seperti di Perak.

"Biar kalah dalam pilihan raya (baru), dan kita terima keputusan. Biar mati dihujung pedang, mati kerana bertanding, berlawan (dalam pilihan raya) daripada kalah kerana (ADUN) lompat kerana diberi umpan," katanya.

Susulan itu, PAS Kedah telah mempunyai dengan alternatif dan strategi untuk mengelak peristiwa itu berlaku, tambahnya.

Penerbit TV2 DiPecat & Diarah Tinggalkan Pejabat Segera

Penerbit Galeri Mandarin Nasional tv2, Chou Z Lam yang mendedahkan pembatalan penyiaran dokumentari Empangan Bakun dan pembinaan menara elektrik di Rawang, telah ditamatkan perkhidmatannya, malah diarah untuk meninggalkan pejabatnya di Angkasapuri, hari ini.


Chou Z Lam (gambar kiri) ketika dihubungi olehMerdekaReview, memaklumkan bahawa dirinya telah menerima "surat penamatan perkhidmatan" dari Bahagian Khidmat Pengurusan pada kira-kira jam 11 pagi ini. Sambil merakamkan penghargaan terhadap perkhidmatan dirinya, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Shafiq Abdullah menjelaskan kepada Chou Z Lam bahawa perkhidmatannya ditamatkan untuk mengurangkan kos.


Perkhidmatan Chou Z Lam terikat kepada kontrak dengan RTM, yang akan tamat pada Januari 2011. Namun demikian, kedua-dua pihak (Chou dan RTM) berhak menamatkan kontrak dalam masa 24 jam, tanpa terikat kepada sebarang pampasan. Dengan kata lain, tiada pampasan kepada Chou Z Lam berikutan "pemecatan" ini.


Chou Z Lam diarah untuk meninggalkan pejabat hari ini, diiringi oleh dua orang pegawai keselamatan.


Berikut adalah surat "penamatan khidmat" yang diterima Chou Z Lam (berwarna biru):


Tuan,

Penamatan Khidmat Pegawai Penerbit Rancangan Galeri Nasional Mandarin (piecemeal)

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.Adalah dimaklumkan bahawa perkhidmatan tuan sebagai Penerbit Rancangan Galeri Nasional Mandarin secara piecemeal di Bahagian Ehwal Semasa, Jabatan Penyiaran Malaysia akan ditamatkan mulai 13 Mei 2010. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak jabatan ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas sumbangan tuan selama ini.

Sekian.

Saya yang menurut perintah

Dato Mohd Shafiq bin Abdullah
Pengarah
Bahagian Khidmat Pengurusan


Chou Z Lam dakwa diri diambil tindakan kerana pendedahan

Sungguhpun demikian, Chou Z Lam menganggap dirinya dipecat kerana mendedahkan pembatalan penyiaran dokumentari Empangan Bakun dan pembinaan menara elektrik di Rawang, baru-baru ini. Chou Z Lam menyelar keputusan RTM sebagai pencabulan kepada kebebesan media.


Chou Z Lam, penerbit televisyen kedua yang "hilang kerja" atas nama "kebebasan media" dalam masa sebulan, sejak perletakan jawatan penerbit ntv7, Joshua Wong (gambar kiri) yang tidak berpuas hati dengan self-censorship dalaman. Chou Z Lam juga seorang kolumnis di MerdekaReview, dan pernah menulis satu artikel berjudul "Bidang kewartawanan: Pentas pancung kalau bukan medan perang!", selepas kejadian pembatalan penyiaran rancangan berlaku.


Malah, Chou Z Lam tetap membela bahawa dokumentari yang diterbitkan Galeri Mandarin Nasional adalah seimbang dari kandungannya, sebaliknya menyelar pihak atasannya tidak menghormati kebebasan media.


Sebelum ini, Timbalan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Heng Sai Kee menyimpulkan hasil siasatannya bahawa pembatalan siaran berpunca daripada "kandungan rancangan kurang seimbang" yang diterbitkan Chou Z Lam, dan bukannya "pencabulan kebebasan media" sebagaimana yang dituduh. Chou Z Lam berkata, "Mereka membatalkannya tanpa menonton! Tiada penjelasan diberi sebenarnya. Ia amat tidak adil!"


Chou Z Lam berharap agar kebebasan media terus dipertahankan, malah menyeru agar orang ramai terus mengambil prihatin terhadap kehidupan orang asli di Bakun.


MerdekaReview cuba menghubungi Heng Sai Kee, dan pegawai yang dilantik untuk memantau kandungan rancangan, Yap Shy Cuan untuk mendapatkan respon mereka, tetapi gagal kerana telefon mereka telah dipadamkan.


Bagaimanapun, Yap Shy Cuan akhirnya menjawab panggilan MerdekaReview pada kira-kira jam 6 petang, namun enggan berkata apa-apa berhubung hal ini.


"Saya hanyalah seorang kakitangan kerajaan. Sebagai seorang kakitangan kerajaan, saya perlu mematuhi prinsip kakitangan. Jadi agak keberatan untuk saya berkata sesuatu, kamu (wartawan) harus bertanya kepada mereka yang berkuasa untuk membuat kenyataan," katanya.

Malah, apabila diajukan soalan sama ada penamatan perkhidmatan ini berhubung kait dengan pendedahan Chou Z Lam sebelum ini, dan sama ada ianya keputusan dari Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Yap Shy Cuan tetap menjawab, "Saya tidak tahu."


Ketua Pemuda Gerakan selar RTM

Di samping itu, Ketua Pemuda Gerakan Lim Si Pin (gambar kiri) menyelar tindakan RTM untuk menamatkan perkhidmatan Chou Z Lam tanpa alasan yang munasabah. Menurut kenyataan Lim Si Pin dalam bahasa Cina, RTM menamatkan kontrak Chou Z Lam secara tiba-tiba, malah mengiringi Chou Z Lam keluar dari pejabat dengan pegawai keselamatan, mencungkil keraguan bahawa penamatan kontrak ini berhubung kait dengan pendedahan Chou Z Lam sebelum ini.


Sungguhpun Pemuda Gerakan mengiktiraf hak RTM untuk melaksanakan kuasanya di bawah peruntukan kontrak, tetapi Pemuda Gerakan tidak bersetuju dengan cara RTM menamatkan perkhidmatan Chou Z Lam sewenang-wenangnya, yang dianggap akan menjejaskan imej dan krediliti RTM.


*Tan Pek Kwan ialah Eksekutif (Editorial) MerdekaReview, diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang dari teks asal.


PRK Hulu Selangor: 4 Pelajar UKM Berkemungkinan Digantung Pengajian.. Kita Tunggu 4 Jun Nanti..


KUALA LUMPUR, 14 Mei — Empat pelajar jurusan sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berhadapan dengan kemungkinan digantung pengajian kerana menyatakan “sokongan” kepada Pakatan Rakyat ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor bulan lalu.

Pelajar-pelajar tahun kedua itu dikehendaki menghadiri perbicaraan di Mahkamah UKM pada 3 Jun ini.

Mereka akan didakwa di bawah Seksyen 15(5)(A) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 kerana menyatakan sokongan atau bersimpati dengan parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Salah seorang pelajar terbabit, Ismail Aminuddin telah menerima surat perintah meminta menghadiri perbicaraan pada tarikh tersebut.

Tiga yang lain terdiri daripada Hilman Idham, Azlin Shafina Adzha dan Woon King Chai.

Kesemua merupakan Ahli Majlis Tertinggi Kelab Mahasiswa Sains Politik UKM.

Pilihan raya kecil berlangsung pada 25 April lalu dengan tempoh berkempen bermula 17 April. Ia dimenangi calon Barisan Nasional.

Ismail, Naib Pengerusi kelab itu ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, dia menerima surat meminta menghadiri mahkamah petang semalam.

“Surat itu menyatakan tuduhan bahawa kami menyatakan sokongan atau bersimpati dengan membawa risalah-risalah parti politik bertanding,” katanya.

Keempat-empat pelajar itu ditahan bersama tiga yang lain, yang merupakan aktivis Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam satu sekatan jalan di Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru pada 22 April lalu.

“Ketika ditahan kami cuma menaiki van yang disewa dan dalam keterangan polis yang diberikan, ada dinyatakan bahawa kami cuma naik van dan risalah-risalah itu diakui adalah milik aktivis parti politik, bukan kami yang bawa.

“Kami cuma naiki van berkenaan pada hari kejadian,” kata Ismail sambil menambah, surat tuduhan yang dikeluarkan tidak menyebutkan bentuk hukuman.

“Ia bergantung kepada hujah nanti,” katanya.

Risalah itu dipercayai membawa mesej sokongan kepada PKR.

Walaupun tiga pelajar lain belum menerima surat tetapi menurut Ismail, surat diterimanya ada menyatakan dia dan tiga pelajar lain yang merujuk kepada Hilman, Azlin dn Woon.

Bagaimanapun katanya, jika tidak menghadiri perbicaraan mereka boleh digantung daripada berada di kawasan UKM.

Hilman yang merupakan pengerusi kelab itu memberitahu, “kami akan menghadiri perbicaraan pada 3 Jun ini.”

“Saya percaya kami bertiga akan menerima surat hari ini ataupun minggu depan,” katanya lagi.

Katanya, hukuman paling berat kemungkinan dikenakan ialah digantung pengajian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.