Pegawai Exco Selangor Dibebaskan Kes Pecah Amanah - Hakim Bidas SPRM

Pegawai khas kepada exco kerajaan Selangor Ronnie Liu - Wong Chuan How dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam daripada tuduhan pecah amanah cek bernilai RM2,500 dua tahun lalu.

Ini ada

lah tuduhan ketiga dan terakhir yang dihadapi Wong yang sebelum ini juga dibebaskan dalam dua kesnya itu.

Dalam penghakimannya, Mat Ghani Abdullah juga membidas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan yang dijalankan.

“Pada pandangan saya, SPRM sepatutnya mendakwa saksi ketiga, bekas ahli PKR Mohd Zaini Abdul Rahman, yang menerima wang berkenaan,” katanya pada pagi tadi.

"Saya telah menilai kes pendakwaan daan mendapati ia gagal memmbuktikan kes prima facie...justeru tertuduh dilepas dan dibebaskan. Bonnya juga mesti dipulangkan.”

Wong, 51, menghadapi tuduhan pecah amanah wang berkenaan bagi menganjurkan program gotong-royong dan majlis ramah mesra di Kampung Baru Lanjut dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pelek antara 30 Julai dan 16 September 2008.

Pagi Ini Ahmad Lutfi (Ketua Pengarang Kumpulan Harakah) Jalani Pembedahan Jantung - Doakan Semoga Beliau Selamat



Setelah Operasi angioplasti jantung yang ke 3 Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman pada pagi Isnin 12 April 2010 yang lalu tidak berjaya, Ahmad Lutfi akan menjalani pembedahan jantung bypass, dijangka pagi ini di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Seluruh kaum keluarga beliau di Kampung Raja, Tunjang telah pergi menziarahi dan berada di sana sepanjang pembedahan dilakukan. Ahamad Lutfi Dan Keluarga mengucapkan jutaan terima kasih atas segala ingatan, keperhatinan, bantuan, sokongan doa di waktu sukar ini. Semoga Allah mengganjarinya sebagai amalan kebajikan disisiNya.

Di kampung halaman beliau, di Kampung Raja akan diadakan solat hajat mohon dipermudahkan segalanya dan proses pembedahan berjalan lancar. Bacaan Yassin beramai-ramai yang akan diadakan tidak beberapa jam dari sekarang. Kepada semua sahabat-sahabat marilah kita bersama-sama berdoa, mengadakan baca yassin serta solat hajat sama ada dalam bentuk berjemaah atau individu bagi mendoakan untuk kesejahteraan beliau, dan kesabaran buat ahli keluarganya serta pembedahan berjalan dengan lancar. Insya Allah...

Datuk Zaid Akur Dengan Kekalahan - "satu sistem politik yang teruk dan pemimpin yang tidak hormat pada undang-undang"

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim akur dengan kekalahannya pada pilihan raya kecil Parlimen P 094 Hulu Selangor hari ini.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, beliau akan berasa puas hati sekiranya rakyat merasakan mereka tidak tertipu dengan keputusan malam ini.

“Apa yang kita hadapi ialah satu sistem politik yang teruk dan pemimpin yang tidak hormat pada undang-undang,” katanya ketika berucap dihadapan 300 penyokong PKR di Stadium Kuala Kubu Baru di sini.

Beliau mendakwa pilihan raya kecil kali ini adalah yang paling buruk dan penuh dengan penipuan dalam sejarah pilihan raya kecil berlangsung.

“Saya harap penyokong-penyokong kita bersabar dan usah risau dengan keadaan ini kerana saya boleh menghadapi cabaran ini.

“Saya berjanji saya akan sama-sama dengan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bekerja keras dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya yang kelihatan tenang ketika menyampaikan ucapan.

Beliau berharap pengundi di Hulu Selangor akan dapat memahami dan menerima perjuangannya nanti.

Turut hadir pada majlis itu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Penasihat Dap, Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh dan Pengarah Strategik PKR, Tian Chua.

Rata-rata penyokong yang hadir terdiri daripada golongan muda yang bersorak ‘Hidup-hidup, Hidup Rakyat, Hidup-hidup, Hidup Keadilan’.

Sementara itu Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, Pakatan Rakyat tidak seharusnya menyerah kalah dan mereka akan kembali berjuang pada pilihan raya kecil Sibu tidak lama lagi.

Barisan Nasional memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan calonnya, P. Kamalanathan memperoleh 24,997 undi, sementara Zaid hanya mendapat 23,272 undi.Kamalanathan menang dengan majoriti 1725 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan pada pukul 9.15 malam tadi di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru.

Ada Benda Yang Menghairankan...Mana Sasaran TPM 6000 Orang Tue... Walaupun Kalah Undi PR Meningkat 95 Undi


HULU SELANGOR, 25 April — Barisan Nasional (BN) merampas balik kerusi Parlimen Hulu Selangor daripada Pakatan Rakyat dalam pilingan raya sengit yang dianggap sebagai penentuan referendum, tetapi majoriti diperoleh tidak sebesar disasarkan sebelum ini.

Pun begitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gembira dengan pencapaian ini dengan menyifatkan rakyat mula menerima dasar BN dan konsep 1 Malaysia di bawah pimpinannya.

Hari ini genap sebulan penyandang kerusi Hulu Selangor ini meninggal dunia.

“Ini satu permulaan yang baik bagi BN,” kata Pengerusi BN ini sambil menambah, pihaknya gembira dengan prestasi hari ini kerana BN terpaksa berhadapan dengan jentera kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat.

Keputusan diumumkan kira-kira 9.15 malam di Kompleks Sukan Kuala Kubu Baru di sini dengan dihadiri Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyddin Yassin sendiri.

Calon Barisan Nasional (BN) P. Kamalanathan dari MIC, muka baru dalam pilihan raya, menerima 24,997 undi manakala calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim memperioleh 23,272.

Walaupun BN menang dengan majoriti 1,725 undi, tetapi ia jauh lebih kecil daripada kira-kira 6,000 yang disasarkan oleh Muhyiddin.

Undi rosak direkodkan ialah 731 - separuh sahaja berbanding 1,461 undi rosak dua tahun lalu.

“Kemenangan Kamalanathan akan membawa erti kepada BN kerana berdasarkan keputusan 2008 dan masa sekarang terdapat perubahan sokongan kepada BN hampir 2,000 undi,” katanya.

“Perubahan ini sangat bermakna kerana kami bersaing di negeri yang dikuasai oleh pembangkang tetapi kami berjaya merampas balik bahagian ini,” kata Najib pada sidang media selepas keputusan diumumkan dengan diapit oleh Muhyiddin dan Kamalanathan.

Najib yang juga Presiden Umno berkata, pihaknya akan bersama rakyat untuk melihat lebih banyak keputusan positif.

“Mereka gembira dengan pengumuman, dengan pemikiran dan hala tuju dasar tetapi kita mesti memastikan bahawa kita menyajikan hasilan,” kata yang berkempen hampir setiap hari selepas pulang dari lawatan ke Amerika Syarikat dan Jepun.

Menjawab soalan berhubung majoriti lebih kecil berbanding sasaran 6,000 diletakkan oleh Muhyiddin, Najib memberitahu majoriti diperoleh mengecil kerana kerajaan negeri tidak dikawal oleh BN.

“Kami menyedari ini negeri pembangkang. Pada masa lalu kami mengawal negeri, kami ada kekuatan antara kerajaan-kerajaan negeri dan persekutuan. Jadi dalam konteks ini, saya gembira dengan keputusan ini,” kata beliau.

Berhubung kekalahan di kawasan-kawasan majoriti pengundi Cina, Najib melihat ada peningkatan berbanding pilihan raya umum 2008.

“Saya tidak mahu membuat rumusan cepat walaupun kami tewas di kebanyakan peti undi di kawasan masyarakat Cina. Kami tewas tetapi berdasarkan pada permulaan kempen, saya percaya ada peningkatan,” kata Najib yang juga Pengerusi Umno Selangor.

Pada sidang tengah hari tadi, Muhyiddin berkata, pihaknya meletakkan sasaran KPI majoriti 6,000 undi dengan mengambil kira prestasi peringkat tiga kerusi Dewan Undangan Negeri pada 8 Mac 2008 yang dimenangi BN.

Sebelum keputusan diumumkan, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang ditemui wartawan berkata, pihaknya tetap gembira dengan pencapaian walaupun meletakkan awalnya meletakkan sasaran lebih tinggi.

Tengku Adnan juga mengakui BN tidak memperoleh undi yang memuaskan daripada kalangan masyarakat Cina di Hulu Selangor.

“Undi yang kami peroleh daripada masyarakat Cina lebih rendah berbanding pilihan raya umum 2008. BN menerima sokongan besar daripada kalangan pengundi Melayu dan India.

“Kami akan lakukan bedah siasat mengapa pengundui Cina tidak memihak kepada BN dan akan membantu menyelesaikan isu mereka hadapi,” katanya.

Di peringkat awal perjumlahan rasmi undi, Zaid, anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR mendahului Kamalanathan ketika keputusan 100 daripada 137 peti undi diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Ketika di peringkat itu Zaid berada di depan dengan majoriti antara 1,000 hingga 1,500 undi.

Bagaimanapun, Kamalanathan mengatasi kedudukan itu apabila peti-peti undi dari kawasan Felda diumumkan.

Kamalanathan, Ketua Penerangan MIC pusat pula berkata beliau akan menyenaraikan senarai masalah dan janji kepada penduduk Hulu Selangor.

“Ini akan menjadi keutamaan saya,” katanya.

Dalam pilihan raya umum 2008, PKR menang dengan majoriti 198 undi.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan peratusan keluar mengundi 75.9 peratus atau 48,935 pengundi.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Kamalanathan, 45, dan Zaid 59.

Pada hari penamaan calon, SPR menerima borang daripada empat calon termasuk dua calon Bebas. Bagaimanapun kedua-dua calon Bebas terbabit menarik diri.

Ini adalah pilihan raya kecil ke-10 sejak selepas pilihan raya umum 2008 dan pilihan raya kecil pertama di negeri Selangor.

Kawasan itu mempunyai 64,500 pengundi dengan 34,020 atau 52.7 peratus adalah Melayu, 16,964 atau 26.3 peratus Cina, 12,453 atau 19.3 peratus India dan kira-kira 1,000 Orang Asli.

Kerusi Parlimen kawasan itu kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari PKR pada 25 Mac akibat barah otak. Penamaan calon telah diadakan pada 17 April lalu.

Zainal Abidin memenangi kerusi kawasan itu pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 198 undi selepas menewaskan Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel yang menyandang kerusi itu selama empat penggal.

*************************************

Keputusan Hulu Selangor yang Menghairankan?

Dari keputusan rasmi yang saya baru dapat:
PKR - 23,272
BN - 24,997
Majoriti - 1725
Saya mengucap syukur kepada Allah SWT kerana telah mentaqdirkan keputusan seperti ini. Ia bermakna kekuataan PR masih utuh dan kuat. BN dengan menggunakan segala kekuatan dan keupayaan mereka cuma mampu meraih 1725 majoriti sahaja

Secara mudahnya, majoriti BN itu didapati dari undi pos (650) serta undi-undi rosak pada 2008 yang kembali pada BN (1466)

Apabila dijumlah keduanya menjadi 2110 undi. Dan majoriti BN yang baru didapati hanyalah 1725, dibawah undi rosak yang kembali + undi pos.

Perlu diingat, ini adalah kawasan yang PALING KUAT UMNO dalam Selangor dan dalam Malaysia. Sekiranya keputusan ini dijadikan rujukan, maka ia bermakna UMNO akan KEKAL KALAH di Selangor dan di semua kerusi yang mereka menang tempohari.

KEPUTUSAN YANG MENGHAIRANKAN. ADA PENGUNDI HANTU?

Keputusan baru Hulu Selangor ni juga satu bentuk keputusan yang menghairankan. Mengapa saya kata demikian? K

Kerana Undi PKR NAIK berbanding 2008:
2008 : 23,177
2010 : 23,272
Bererti kenaikan sebanyak 95 undi. TAPI dalam naik pun PKR tetap kalah.

Saya menghidu terdapatnya RAAMAAAIIII hantu2 yang telah mengundi, ditambah lebih 1000 pengundi yang telah di buang nama mereka dari senarai oleh SPR.

Suka tak suka, perlu ada siasatan terhadap keputusan ini. Saya menghidu penipuan sekali lagi.

Kepada penyokong dan pendokong PR, jangan jatuh semangat. Kita kena tipu dan di masa lain mereka tak boleh tipu lagi, inshaalah.

Tulang Besi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.