Punca Minuman Kordial RIBENA ditarik balik



KUALA LUMPUR: Minuman kordial kegemaran ramai, Ribena telah ditarik balik buat sementara waktu daripada pasaran.

Berdasarkan satu kenyataan media oleh syarikat pengeluar, Suntory Beverage & Food Malaysia, langkah ini diambil bagi menjamin kualiti produk mereka atas sebab-sebab teknikal.

Kesemua produk Ribena kordial pelbagai perisa dan saiz yang ditarik balik adalah yang bertarikh luput Mei hingga Ogos 2018, Februari hingga 8 Mac 2018 dan April hingga Mei 2018.

Pemuda Umno Dakwa Kasut Dibaling Penyokong BERSATU, Benarkah?



Exco Pemuda Umno, Datuk Armad Azha Abu Anifah mendakwa kekecohan yang berlaku di program Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam semalam berpunca daripada penyokong BERSATU sendiri.

Katanya berdasarkan video yang tular dan kenyataan daripada mereka yang hadir, kekecohan bermula selepas individu bernama Fariz Hadi bertanyakan soalan kepada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai tragedi Memali.

Apa Cerita: "TRAGEDI MEMALI" Undang Adegan Baling Kerusi, Botol Air Cemar 'Nothing To Hide'



SHAH ALAM: Adegan baling kerusi dan baling botol air ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan peserta dalam program Nothing To Hide 2 menjadikan program tersebut kecoh seketika.

Kekecohan tercetus ketika seorang peserta mengajukan soalan kepada Dr Mahathir mengenai tragedi Memali yang berlaku ketika zaman pemerintahan bekas perdana menteri itu.

Gempar!!! Zahid Mat Arip Di Tahan SPRM, Apa Kesalahannya?



Bekas pegawai khas mantan Pengerusi Felda, Muhammad Zahid Md. Arip direman berhubung kes pembelian Hotel Merdeka Palace oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak.

Dia yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.