PRK P44 Permatang Pauh: DS Dr Wan Azizah Kembali Bertanding Di Permatang Pauh.. Jom Terjah!!!

PRK P.Pauh: Wan Azizah kembali bertanding di Permatang Pauh

SEBERANG JAYA: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, hari ini dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PRK) bagi Pilihan Raya Kecil  (PRK) Permatang Pauh  yang akan diadakan pada 7 Mei ini.

Pemilihan itu diumumkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Rakyat PRK Permatang Pauh di Seberang Prai Arena, Seberang Jaya sebentar tadi.


Majlis itu turut dihadiri pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. Antaranya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Dr Hatta Ramli, Naib Presiden PKR dan Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin.

 

Siaran Langsung Majlis Pengumuman Calon Pakatan Rakyat Bagi PRK P44 Permatang Pauh, Jom Saksikan!!!

Siaran langsung Majlis Pengumuman Calon Pakatan Rakyat sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh bermula jam 8.00 malam ini (Jumaat).

PERMATANG-PRK



Terkini!!! Siaran Langsung Pengumuman Calon PKR Untuk PRK Permatang Pauh Mulai 8.00 Malam Ini.. Jom Saksikan!!!

TVSelangor membawa siaran langsung Majlis Pengumuman Calon Pakatan Rakyat sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh bermula jam 8.00 malam ini (Jumaat).

PERMATANG-PRK 

Orang ramai boleh mengikuti siaran itu dengan melayari laman di

Al Fatihah!!! Bapa Adam Adli Meninggal Dunia Selepas Terbabit Kemalangan

 
  
Abd Halim Abdul Hamid, bapa aktivis Adam Adli, telah meninggal dunia pagi ini selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya malam tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh anaknya itu melalui tweet pukul 7.30 pagi ini.

Abd Halim, yang sebelum ini bekerja di Keretapi Tanah Melayu Bhd, terlibat dalam kemalangan motosikal di Penaga, Pulau Pinang dan dimasukkan dalam keadaan kritikal ke Hospital Seberang Perai malam tadi.
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.