Takjub!!! (Gambar2) Isteri Pengiran Muda Brunei Raja Abdul Malik, Qariah Terbaik Dunia.. Jom Terjah!!!



Baru-baru ini kita dapat melihat foto indah perkahwinan Pengeran Muda Abdul Malik bersama pasangannya, Dayangku Raabiatul Adawiyah yang berlangsung di Istana Nurul Iman, Bandar Sri Begawan.

Pasti ramai yang terpukau dengan kecantikan Raabiatul. Tetapi, beliau bukan sahaja cantik, malah pencapaian tinggi dalam bidang yang diceburi olehnya, ternyata beliau layak digelar wanita “beauty with brains”.

Terdedah!!! Komplot Jatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Dari Dalam UMNO Sendiri Dibongkar, Jom Terjah!!!

 
Sebuah laman web pro-Umno mendakwa, terdapat pemimpin Pemuda Umno yang berkomplot untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Laman Mykmu.net melaporkan, usaha itu dilakukan dalam satu mesyuarat bersama Pemuda Umno Johor di Rompin malam tadi.

Dalam mesyuarat itu, Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan atau dikenali sebagai Azwan Bro (kanan) didakwa menghasut ketua pemuda Umno bahagian Johor untuk menentang kepimpinan presidennya.

Menurut laporan itu lagi, mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh exco Pemuda Umno Arman Azha Abu Hanifah, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi, Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman dan Penolong Setiausaha Pemuda BN Datuk Mohamed Shafri Abd Aziz.

KERAS!!! Tun Mahathir Kata PM Hj. Najib Tak Layak Jadi Perdana Menteri.. Jom Terjah!!!


SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak layak menjadi Perdana Menteri negara ini apabila wang yang dipinjam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) lesap dan beliau gagal menjelaskan apa yang berlaku kepada dana tersebut.

Menurut Tun Mahathir, jelas bahawa pelaburan 1MDB tidak membawa apa-apa hasil yang menyebabkan kerajaan kerugian kira-kira RM25 bilion.

 

Terkini!!! PKR Yakin PAS Takkan Boikot PRK Permatang Pauh, Jom Terjah!!!

Azmin Ali - Kidex

KUALA LUMPUR – PKR yakin akan mendapat sokongan PAS di Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh walaupun terdapat pergeseran di antara kedua-dua pihak mengenai isu hudud.

Timbalan presidennya Mohamed Azmin Ali berkata semua isu dalam Pakatan Rakyat boleh diselesaikan atas dasar ‘semangat kekeluargaan’.

“Akhirnya, matlamat utama Pakatan adalah untuk menang supaya kita boleh membawa perubahan. Kami mahu meyakinkan pengundi bahawa mereka mengundi untuk perubahan.

“Saya harap semua pihak boleh berpegang kepada prinsip muafakat (kerjasama) dalam Pakatan untuk memastikan kemenangan kita pada masa akan datang,” kata Azmin yang juga Menteri Besar Selangor kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan aluan makan tengah hari di Asean People’s Forum, Khamis.

PAS Permatang Pauh telah meluluskan usul tidak akan menyokong calon PKR bagi pilihan raya kecil kali ini jika pemimpin parti tidak memohon maaf kerana pendirian mereka mengenai hudud.

Mereka juga mahu PKR menarik balik kenyataan yang telah dikeluarkan yang menyuarakan pendiriannya terhadap rang undang-undang hudud yang dicadangkan oleh parti Islam itu.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Rabu berkata walaupun parti itu masih di dalam Pakatan Rakyat, ia adalah hak mutlak bahagian Permatang Pauh untuk tidak menyokong sekutunya dalam pilihan raya kecil akan datang. – Mstar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.