Pulak Dah!!! Polis Cari Suspek Rosakkan Berhala & Alatan Sembahyang Di Wat Chanthraram.. Jom Terjah!!!

Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai telah merosakkan patung berhala dan peralatan sembahyang di Wat Chanthraram, Tanah Liat di Bukit Mertajam semalam.

Jurucakap polis berkata lelaki berusia 30-an dan dipercayai kurang siuman itu dikatakan datang ke rumah ibadah berkenaan pada pukul 10.10 pagi dengan menunggang sebuah motosikal jenis Honda EX5.

TERKINI:Dua Bahagian Besar Pesawat AirAsia QZ8501 Ditemui



JAKARTA: Pencarian yang memasuki hari ketujuh pesawat AirAsia yang dipercayai jatuh sekitar Tanjung Pnada, Belitung Timur telah menunjukkan tanda-tanda positif apa bila telah menemui dua objek yang besar.

Menurut ketua Badan SAR Nasional Marsekal Madya Henry Bambang Soelistyo mengatakan tiga kapal yang mempunyai sistem pengesanan dan pecarian yang canggih dasar laut menemui dua objek yang cukup besar.

(Gambar) Pelajar Malaysia Antara 35 Terbunuh, 48 Cedera Pada Sambutan Ambang Tahun Baru di Shanghai.. Ini Puncanya, Jom Terjah!!!


SHANGHAI: Sambutan Ambang Tahun Baru 2015 di China bertukar tragedi malam tadi apabila 35 orang dilaporkan terbunuh manakala 48 lagi cedera dalam satu kejadian orang ramai bersesakan di Shanghai, China.

Menurut laporan dari kerajaan Shanghai, 14 daripada yang tercedera kini dalam keadaan parah berikutan keganasan yang berlaku setengah jam sebelum tengah malam.

Memetik laporan dari Bloomberg, sekurang-kurangnya 48 cedera dalam kejadian, termasuk seorang rakyat Malaysia.

Subhanallah!!! (Gambar) Helikopter Milik PDRM Terhempas, Penduduk Kg Rambai Kelantan Gempar...


Helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas ketika misi menghantar barangan makanan kepada mangsa banjir di Kampung Rambai di Tanah Merah, hari ini. - Foto Bernama

TANAH MERAH - Penduduk Kampung Rambai di sini gempar apabila sebuah helikopter jenis Ecureuill AS 355F2 milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas pada kira-kira 6.30 petang, selepas berlegar-legar di ruang udara kampung itu.

Beberapa saksi yang ditemui berkata, helikopter itu dilihat terbang rendah dan berlegar-legar sebanyak dua pusingan, sebelum kedengaran seperti ada letupan sedikit, dan terus menjunam ke darat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.