Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal untuk kali ketiga bagi menghalang pelantikan peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (gambar) sebagai pendakwa utama dalam perbicaraan kes fitnah liwat II.
Berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, hampir pasti bahawa Shafee akan mengetuai pasukan pendakwaan pada Khamis apabila rayuan Putrajaya untuk mengenepikan pembebasan Anwar didengar.




