Terkini!!! Keadaan Datuk A. Rahman Hassan Selepas Dirawat Di HKL Setelah Pengsan Di Istana Budaya.. Jom Terjah!!!

A Rahman Hassan
KUALA LUMPUR: Penyanyi era 60-an Datuk A. Rahman Hassan berada dalam keadaan stabil selepas ditahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat pengsan semasa menghadiri majlis pelancaran DVD Asas Gerak Melayu yang diadakan di Istana Budaya di sini petang Selasa.
Menurut menantunya Siti Jasmina Ibrahim, keadaan bapa mertuanya itu stabil dan beliau akan menjalani pemeriksaan lanjut bagi mengetahui punca sebenar kejadian rebah itu.
"Doktor akan buat ujian sinar x pada bahagian kepala bapa saya untuk mengetahui punca dia rebah.
"Bagaimanapun keadaan jantung dan tekanan darahnya dalam keadaan normal," katanya ketika ditemui di HKL di sini pada Selasa.

Terkini!!! Perbicaraan Pasangan Malaysia Di Sweden: Ammar Percaya Ibu Bapa Akan Dipenjara.. Jom Ikuti!!!

Ammar (tengah) bersama adik-adiknya Adam (kiri) dan Arif (kanan).
STOCKHOLM: "Saya hanya merasakan mereka akan didapati bersalah dan dipenjarakan," kata anak lelaki pasangan Malaysia di Sweden yang dibicarakan kerana didakwa memukul anak-anak mereka.
Ketika ditanya apa yang difikirkan Ammar, 12, mengenai masa hadapan, dia berkata ibu bapanya seperti akan dipenjarakan sebelum dia dapat bertemu mereka.
Namun, apabila anggota polis wanita Sweden bertanya apa yang difikirkan mengenai masa depannya, Ammar berkata, apa yang dia boleh fikir adalah memeluk kedua-dua ibu bapanya semula.

Perbicaaran Pasangan Sweden: Emosi Saya Terganggu Seumur Hidup - Anak Pasangan Malaysia.. Jom Terjah!!!

Ammar (tengah) bersama adik-adiknya Adam (kiri) dan Arif (kanan).
STOCKHOLM: Anak lelaki pasangan Malaysia di Sweden yang dibicarakan atas dakwaan mendera berkata hukuman yang diberikan oleh ibunya tidak meninggalkan kesan secara fizikal sebaliknya dari sudut emosi.
Ammar, 12, menerusi temubual berkata dia mahu keluarganya kembali bersama seperti biasa.
"Saya ingin ibu bapa saya kembali ke rumah dan kami boleh menjalani kehidupan bersama-sama," kata Ammar dalam video yang dirakam awal Januari lalu ketika perbicaraan di Mahkamah Daerah Solna di sini pada Khamis.

BERAPI!!! Kajang Oh Kajang, Ada Sesuatu Yang Masih Belum Tersingkap Lagi.. Jom Terjah!!!

Siri pertemuan Anwar bersama penduduk setempat di sekitar Kajang sentiasa berjaya menarik khalayak yang ramai. - Gambar The Malaysian Insider.
Siri pertemuan Anwar bersama penduduk setempat di sekitar Kajang sentiasa berjaya menarik khalayak yang ramai. - Gambar The Malaysian Insider.Walaupun kempen rasmi belum bermula, Ketua PKR dan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mula menembusi pengundi Melayu yang secara tradisinya berpihak kepada Barisan Nasional (BN).
Penyokong Umno semakin ramai yang muncul dalam siri perjumpaan kecil yang dianjurkan pasukan Anwar dengan penduduk setempat seperti di kedai-kedai kopi dan tazkirah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.