Tudia... Insuran Kenderaan Naik Pulak Dah.. Hampa Tengok Dan Kira Sendiri Untuk Kenderaan Hampa.. Jom Terjah!!!


[Image: ek_01.1.jpg]


KUALA LUMPUR 4 Feb. - Bank Negara Malaysia (BNM) telah meluluskan pelarasan kadar baharu tarif insurans kenderaan untuk tahun ini, dengan anggaran peningkatan sekitar RM2 hingga RM23.

Tarif baharu itu akan berkuat kuasa pada 15 Februari ini, ke atas setiap kenderaan baharu yang dibeli atau insurans yang diperbaharui semula.

Kelulusan itu antara lain membabitkan pelarasan tarif asas bagi perlindungan komprehensif dan perlindungan pihak ketiga untuk kenderaan persendirian dan motosikal.

PRK Dun Kajang: SPR Tetapkan Tarikh Pilihanraya Pada 23 Mac 2014.. Jom Terjah!!!


PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan  23 Mac depan sebagai tarikh PRK Dun Kajang.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, semua yang terlibat dengan PRK Dun tersebut perlu mematuhi arahan yang telah ditetapkan.

Beliau juga berkata tarikh penamaan calon  akan bermula pada 11 Mac ini, manakala tarikh pengundi awal pada 19 Mac.

Gempar!! ADUN PKR Hutan Melintang, S Kesavan Tidak Letak Jawatan, Surat Tersebarkan Adalah Palsu.. Jom Terjah!!


Kesavan_KUALA LUMPUR, 4 FEB: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hutan Melintang, Perak, S Kesavan tidak meletakkan jawatan dan surat yang disebarkan melalui media sosial adalah palsu, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil.
Fahmi berkata, beliau telah dihubungi Adun Teja, Perak, Chang Lih Kang dan diberitahu maklumat tersebut disebarkan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Justeru, satu laporan polis akan dibuat petang ini oleh Kesavan.

MasalahTerlampau: PRK Dun Kajang Memang Telah Dirancang, Ini Pendedahan DS Anwar Ibrahim.. Jom Terjah!!!

Mengosongkan kerusi DUN Kajang memang rancangan pakatan pembangkang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Gambar fail.Mengosongkan kerusi DUN Kajang memang rancangan pakatan pembangkang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti sekutu dalam pakatan pembangkang memang membuat perancangan untuk mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi memberi laluan kepadanya bertanding di kawasan itu.
Beliau berkata, peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu juga dilakukan menerusi rundingan terlebih dahulu, dan bukan secara mengejut.
"Dia (Lee) meletak jawatan itu bukan tanpa rundingan. Dia letak (jawatan sebagai Adun) itu memang hendak beri ruang kepada saya untuk bertanding. Kerajaan negeri Selangor juga mengetahui tentang perkara itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.