Hangat!!! Pengarah, Erma Fatima Kalah Saman, Bayar RM11,200 Kepada Pelakon Rabecca Dengan Duit 5 Sen.. Ini Buktinya, Jom Terjah!!

Rabecca telah memenangi kes tuntutan terhadap Erma Fatima apabila Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengarahkan pengarah dan penerbit itu mengembalikan baki jumlah wang lakonan Rabecca sebanyak RM11,200.
PETALING JAYA: Pelakon Rabecca Nur Al-Islam yang menang saman terhadap Erma Fatima terkejut apabila menerima wang tuntutannya sebanyak RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen.
Rabecca, 23, berkata, pihak peguam Erma bersama beberapa pembantu menyerahkan wang tuntutan berkenaan di pejabat peguamnya, Nordin Othman pada petang Selasa yang dimasukkan dalam beberapa bungkusan termasuk sebuah kotak yang terdapat Al-Quran.
"Apa maksudnya itu apabila dia (Erma) membayar wang saman dengan cara begitu? Adakah dia masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di mahkamah? Kenapa dia perlu menghantar kitab Al-Quran kepada saya seolah-olah ingin sindir saya?," katanya yang menghubungi mStar Online di sini pada Selasa.

Terkini!! Datuk Dr MAZA Ulas Berkaitan Kenaikan Tarif Elektrik, Hentam Sakan.. Jom Terjah!!!


SHAH ALAM -  Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini, menyifatkan kenaikan tarif  elektrik yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2014 nanti sebagai tidak munasabah sekaligus akan membebankan rakyat.

Menurutnya, Tenaga Nasional Berhad (TNB) baru-baru ini, telah melaporkan keuntungan yang tinggi, namun agak mengejutkan apabila tarif elektrik tetap dinaikkan dengan kadar yang sangat drastik.

Terkini!! Kes Kematian 3 Beradik : Ini Penjelasan Ketua Polis Polis Daerah Kota Setar : Seorang Pelajar Di Tahan.. Jom Terjah!!!

Alor Setar - Polis menahan seorang pelajar berusia 16 tahun bagi membantu siasatan kematian tiga beradik dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, pelajar berkenaan yang juga kenalan mangsa ditahan di rumahnya di Perlis kira-kira jam 11.30 malam, semalam.

“Pelajar itu ditahan reman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes itu.

BERAPI!!! Inilah Punca Tun Dr Mahathir Meletak Jawatan Sebagai Penasihat Kepada Petronas Yang Berkuatkuasa Semalam.. Jom Terjah!!


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) hari ini mengesahkan telah melepaskan jawatannya sebagai penasihat kepada Petronas, berkuatkuasa semalam.

Dr Mahathir berkata surat peletakan jawatannya diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini. Beliau berkata sudah masa untuk beliau meninggalkan syarikat petroleum negara itu kerana faktor usia serta ingin menumpukan perhatian kepada kesihatannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.