Terkini! Senarai Penuh Calon-Calon PR Untuk Kerusi Parlimen Malaysia.. Jom Terjah!!!

Penyanyi terkenal era 80-an, Dayangku Intan Tengku Abdul Hamid sah dicalonkan untuk bertanding di parlimen Pengerang menentang BEKAS menteri pelancongan, Azalina Othman Said

SENARAI TERKINI CALON PAKATAN RAKYAT (Dikemaskini 19 Apr 2013 - 0900 hrs)

Perlis Indera Kayangan (3 kerusi)

P 001 - Padang Besar - Azamhari Mahmood (PAS)
P 002 - Kangar - Baharuddin Ahmad (PAS)
P 003 - Arau - Tuan Guru Haron Din (PAS)

Hot!!! Calon BN DUN Manjoi Ahli PAS... Apa Dah Jadi Sebenarnya??


IPOH - Pas Perak mendakwa calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dun Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed adalah ahli Pas sejak 16 tahun lalu apabila namanya masih tertera di dalam sistem maklumat ahli Pas.

Koordinator Jawatankuasa Isu dan Strategik Pas Negeri Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss berkata, calon  muda berkenaan adalah ahli Pas yang pernah berdaftar dengan nombor ahli 441563.

Menurutnya, latar belakang Mohamad Ziad tidak diketahui Umno Bahagian Tambun sebelum ini dan difahamkan, beliau menyertai Umno secara kebetulan memandangkan beliau adalah menantu bekas Menteri Besar Perak.

PANAS: DAP Bagi 'WARNING", Kalau Tak Lambang Bulan Yang Akan Diguna.. Jom Terjah!!


KUALA LUMPUR: DAP memberikan masa sehingga jam 3 petang esok kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menarik balik suratnya yang menyatakan kepimpinan DAP tidak sah.

Jika gagal berbuat demikian, kesemua calon DAP akan bertanding di atas tiket PAS di Semenanjung dan di atas tiket PKR di Sabah dan Sarawak.

Keputusan ini dicapai DAP dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) mereka malam ini.

Petang semalam DAP menerima surat dari ROS menyatakan kepimpinan DAP yang ada tidak diiktiraf oleh mereka.

"Dengan tidak mengiktiraf kepimpinan DAP yang dipilih oleh perwakilan pada 15 Disember 2012 lalu, saya tidak mempunyai kuasa sebagai Setiausaha Agung untuk mengeluarkan sebarang surat kuasa kepada calon-calon DAP untuk menggunakan simbol roket," kata Lim Guang Eng, Setiausaha Agung DAP dalam kenyataannya yang dikeluarkan selepas mesyuarat tergempar itu.

AES Membebankan Rakyat: PAS Jerai Anjur Dialog Dengan Penduduk Petang Ni Di UPU Guar Chempedak.. Jom Hadir!!



PAS Kawasan Jerai akan menganjurkan dialog berkaitan dengan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi memberi penjelasan kepada rakyat tujuan sebenar Pakatan Rakyat ingin memansuhkan sistem tersebut.
Dialog tersebut akan diadakan di UPU Guar Cempedak pada jam 5 petang ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.