Video: Mpv Jpj Kena Bakar Dan Diterbalik Dan Rusuhan Ayer Tawar Majung Perak.. Cerita Sebenarnya

Kes JPJ nak blok lori sehingga menyebabkan kemalangan. semua kereta lain termasuk lori, brek mengejut di trafik light Sek Methodist. antara yang terlibat 1 kereta JPJ, 1 lori sawit besar, 1 lori tanah, 1 wira, 1 waja, 1 jeep suzuki, 1 kancil, 2 bas & 1 motor.

Semua ambulans dan bomba yang ada di Manjung dikerah ke sana td sehingga bantuan ambulans dari Lambor Kiri dan Hosptal Changkat Melintang juga diperlukan. kanak-kanak sekolah di dalam bas juga ada yang cedera. ada juga yang dikhabarkan kehilangan nyawa. jumlahnya masih tidak pasti.

Akibat berang dengan apa yang berlaku, Toyota Fortuner milik JPJ diterbalikkan dan dibakar oleh penduduk Ayer Tawar.





Bongkar!! Pegawai Khas TKM1 Pulau Pinang, Dato Mansor Othman Ditahan Kerana Rasuah.. Benar atau Fitnah?..Jom Terjah Jawapannya..



Ahad lalu The Sunday Star telah melaporkan seorang pembantu yang berusia 56 tahun kepada Datuk Dr Mansor Othman, Timbalan Ketua Pulau Pinang Menteri I (TKM I), adalah antara tiga lelaki yang ditahan oleh pegawai anti-rasuah dalam cubaan rasuah RM30,000.

Lelaki tidak dinamakan disyaki telah menawarkan wang sebagai dorongan kepada seorang wanita untuk menggugurkan aduan gangguan seksual yang dibuat terhadap pegawai atas.

Panas!! 3 Negeri Terbubar Sebelum Parlimen.. Jom Terjah!!



KUALA LUMPUR 9 Jan. - Tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbubar dengan sendirinya sebelum 28 April ini iaitu tarikh Parlimen bubar secara automatik jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menetapkan sebarang tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 diadakan. Tiga DUN yang terbabit itu ialah DUN Melaka, DUN Negeri Sembilan dan DUN Perak.DUN Melaka terbubar dengan sendirinya pada 21 April ini, diikuti DUN Negeri Sembilan dan DUN Perak pada 25 April.

Pembubaran DUN di negeri-negeri lain pula kebanyakannya berlaku selepas tarikh Parlimen dibubarkan.Penentuan tarikh pembubaran sesebuah DUN mahupun Parlimen adalah berdasarkan kepada tarikh persidangan pertama selepas pilihan raya umum.

Berapi!!! Inilah Punca Kenapa Himpunan Kebangkitan Rakyat LULUS Di Stadium Merdeka? Jom Terjah!!




Umno sudah kecut perut dengan kebangkitan dan amaran rakyat maka sebab tu dia orang luluskan Himpunan Kebangkitan Rakyat di stadium Merdeka. Ayuh kita turun ramai-ramai bagi menunjukkan soladariti rakyat Malaysia yang mahu menumbangkan rejim Umno BN.

Namun, kita jangan leka.. Kita perlu bersiap siaga dengan segala kemungkinan terutamanya apabila menghampiri PRU13. PRU13 kali ni adalah paling kotor dalam sejarah negara. Mereka tetap mempertahankan kerajaan rejim ini bagi mengelakkan mereka semua di humban ke penjara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.