AMMAN - Pasukan misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M)
tiba di kem pelarian Za'tari di daerah Al-Mafraq semalam bersama dengan
wakil kedutaan Malaysia bagi melihat sendiri keadaan kem tersebut.
Kem pelarian ini menempatkan lebih 37,000 pelarian yang berlindung akibat dari perang saudara yang berlanjutan di negara jiran, Syria.
Pasukan yang diketuai Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Rahim pada mulanya disambut dengan senyuman para pelarian apabila mereka melihat bendera negara berkibar di kenderaan.
Namun, sedikit kekecohan berlaku apabila para pelarian tidak berpuas hati melihat KP1M memakai bendera Kerajaan Syria pada pakaian.
Difahamkan, para pelarian ini adalah penentang Presiden Syria, Bashar Al-Assad dan mereka mahu KP1M menggunakan bendera Pergerakan Pembebasan Syria yang baru.