Saya tidak tahu banyak mana peratus saham Felda yang dikuasai oleh Genting dengan membeli 400 juta di Bursa Saham?
Adakah Genting pemegang saham yang terbesar?
Apapun, Genting dipercayai boleh membeli lebilh banyak daripada itu dan bukan pula suatu yang mustahil Felda itu akan dikuasai sepenuhnya oleh syarikat judi itu.
Apapun saham judi sudah masuk dalam syarikat Felda yang disenaraikan itu. Dari duit mana yang Genting guna untuk membeli saham itu? Perniagaan Genting tentulah bukan semuanya dalam industri judi. Tentu ada yang lain. Tetapi modal dalam semua anak syarikatnya yang lain adalah daripada keuntungan judinya.
Perniagaan induknya judi. Maka segala perniagaan yang lain adalah bermodal daripada keuntungan judi.




