MCA Melaka Didesak Mohon Maaf Kaitkan Kes Amuk Di Putrajaya Dengan Agama Islam... Jom Terjah!!!


Insiden amuk: Pas gesa MCA minta maaf
Mohd Taufek (tiga,kiri) bersama Ketua Pemuda Pas Negeri, Khairil Anuar Wafa (kiri) dan Ketua Dewan Penyokong Pas, Yao Con Seng (dua, kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuat

SEREMBAN – Pas Negeri Sembilan mendesak MCA negeri itu memohon maaf kepada umat Islam kerana didakwa mengaitkan kejadian amuk di Putrajaya dengan agama Islam, selain turut mengaitkan komponen Pakatan Rakyat (PR) itu dengan kejadian berkenaan. Pas mendakwa kenyataan keterlaluan itu dikeluarkan Penolong Setiausaha MCA Negeri Sembilan, Jason Lee menerusi laman  Twitternya baru-baru ini.

Malah, dalam satu majlis bersama rakyat anjuran MCA di Temiang pada 19 Jun lalu, kira-kira 8.30 malam, beberapa pemimpin MCA turut didakwa memberi gambaran buruk tentang undang-undang Islam, termasuk hukum hudud menerusi ceramah dan tayangan multimedia diadakan.

HimpunanOren Berjaya - Kenapa Menteri Kata 1000 Orang Sahaja... Jom Terjah!!!


Himpunan Oren: Kawasan Masjid Wilayah, Kompleks Wilayah jadi tumpuan
Peserta mula bergerak dengan diketuai Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.
Himpunan Oren: Kawasan Masjid Wilayah, Kompleks Wilayah jadi tumpuan
Sebahagian peserta Himpunan Oren Selamatkan Felda bersama sepanduk di kawasan berhampiran Masjid Wilayah Persekutuan.
Himpunan Oren: Kawasan Masjid Wilayah, Kompleks Wilayah jadi tumpuan
Gerai-gerai yang dibuka sempena Himpunan Oren Selamatkan Felda di hadapan Masjid Wilayah Persekutuan.
 

Ketua Penerangan Umno menyatakan dalam twitternya bahawa hanya 1,000 orang sahaja hadir pada Himpunan Oren sebentar tadi. Tetapi gambar ini menjawab dakwaan Ahmad Maslan. Nampaknya seorang demi seorang pemimpin Umno/BN gagal matematik.

Saya yakin jika Ahmad Maslan mengira jumlah seramai ini hanya 1,000, sudah tentu Rais punya kiraan hanya 100 orang sahaja.
 
[DIKEMAS KINI JAM 4 PETANG ] KUALA LUMPUR - Kawasan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kompleks Mahkamah Jalan Duta kini menjadi tumpuan dengan pihak polis mempertingkatkan kawalan menjelang Himpunan Oren Selamatkan Felda petang ini.

Pukul 12 tengah hari, dua bas dinaiki peserta Himpunan Oren Selamatkan Felda tiba di pekarangan masjid.

Sementara itu, orang bukan Islam telah berkumpul di Kompleks Mahkamah.

Pukul 1.15 tengah hari, kelihatan beberapa khemah telah didirikan untuk menjual baju berwarna oren dan hijau.

Cabaran Datuk AC Mizal, Saudagar Gelang Kontroversi Disahut Pelakon Abby Abady Untuk Debat Isu ISA & PDRM.. Jom Terjah!!!

AC Mizal, saudagar gelang kontroversi yang sebelum ini "dibelasah" oleh sebuah blog berkaitan dengan gelang megnetiknya baru baru ini mencabar Abby Abadi untuk berdebat berkaitan dengan isu ISA & Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kata saudagar gelang yang juga ahli UMNO di Twitternya:
Abby pula menjawab:


Himpunan Oren Esok - Dah Mula Laporan Polis Bantah Himpunan Ini, Jom Terjah!!!


Pengurusan Felda dan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Tanah Rancangan (JKKR) Felda dari lapan tanah rancangan Felda Wilayah Jengka membuat laporan polis bagi membantah perhimpunan Oren yang dijadual esok.
  
Laporan polis oleh lapan tanah rancangan berkenaan diwakili Pengurus Felda Sungai Tekam, Yunus Husin, dibuat di Balai Polis Jerantut semalam bertujuan meminta pihak berkuasa mencegah pihak terbabit daripada meneruskan perhimpunan tersebut.
  
Menurut Yunus, Perhimpunan Oren yang dianjurkan oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) sebenarnya tidak mewakili masyarakat Felda, sebaliknya hanya didalangi parti pembangkang.
  
"Bukan menjadi satu keperluan kepada masyarakat peneroka dan kakitangan Felda untuk menyokong perhimpunan tersebut bagi membangkitkan perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.