Menteri KBS Kata: Lebih RM20juta Dihabiskan Demi Menjayakan Himpunan Jutaan Belia.. Jom Terjah...


Bayaran untuk persembahan artis Korea sewaktu Hari Belia Negara 2012 lalu bukan isu sekiranya ia mendapat tajaan daripada pihak lain, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

"Tak timbul asalkan ada yang sponsor (taja)," katanya ketika ditanya tentang dakwaan di blog bahawa kerajaan membayar RM2.4 juta untuk persembahan itu.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Ingatkan UMNO Tentang Dialog "TUNGGU DULU" - Ini Rakaman UcapanNya.. Jom Terjah!!!


ALOR SETAR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS bersedia untuk berdialog dengan mana-mana kumpulan Islam yang menjadikan al-Quran, Hadis, Ijma' dan Qias sebagai sumber perjuangan.

Bagaimanapun, kepada kumpulan yang mengaku Islam tetapi tidak menjadikan al-Quran dan hadis sebagai panduan perjuangan, beliau secara sinis berkata 'tunggu dulu'.

"Saya ulangi PAS sedia berdialog dengan kumpulan Islam yang menjadikan al Quran, Hadis, Ijma' dan qias sebagai rujukan.

"Kumpulan yang mengaku Islam, tapi tidak jadikan al Quran, Hadis, ijma' dan qias sebagai rujukan, tunggu dulu. Lebih-lebih lagi yang sudah berkuasa lebih 50 tahun," katanya disambut laungan takbir hadirin.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat presiden di dewan Datuk Fadzil Noor Kompleks PAS Kedah sempena Himpunan Hijau Menuju Putrajaya hari ini.

Menurutnya, Umno walaupun sudah 50 tahun memegang tampuk kepimpinan, masih lagi gagal untuk menjelaskan Islam sebenar kepada rakyat kerana dasarnya yang mengambil fahaman kebangsaan.

Beliau mengulas polemik yang dimainkan Umno berhubung dialog kedua-dua parti itu yang ditimbulkan semula sejak beberapa minggu lalu.

Berucap di hadapan kira-kira 2,000 pemimpin PAS dari pelbagai peringkat, beliau juga memberitahu, PAS bersedia menggantikan Umno menjadi parti teras Melayu Islam dan pada masa sama tidak mengabaikan kaum lain.

Malah katanya, konsep negara berkebajikan yang ditawar PAS mampu memberi keadilan bukan sahaja kepada manusia pelbagai kaum malah juga kepada alam sekitar.

"Wawasan kita berbeza dengan wawasan 2020, wawasan kita dari dunia hingga ke akhirat.

"Sebab itu negara berkebajikan PAS sangat digeruni Umno kerana ia akan memberi keadilan kepada semua," katanya.

Sementara itu, semua pimpinan PAS dari Ahli Majlis Syura sehingga pimpinan parti peringkat kawasan hadir dalam program tertutup amanat khas presiden pagi ini.

Selepas program ini, program Xpresi Anak Muda dan Himpunan Hijau Ke Putrajaya akan berlangsung di Stadium Darul Aman dari jam 4 petang hingga 12 malam ini.

Panas!! Siaran Langsung Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Sempena "Himpunan Hijau"Dari Kompleks Pas Kedah



klik untuk perbesarkan

Jom ikutilah siaran langsung dari Kompleks PAS Kedah, Batu 9

Himpunan Hijau pada 1hb Jun adalah ijtimak terbesar PAS bagi menggarap gelombang mujahadah seluruh ahli dan jentera parti bagi memperkasakan persiapan menghadapi PRU ke 13.
Himpunan bagi menggantikan muktamar PAS Pusat yang ditangguh ini akan menyerlahkan satu penyataan persediaan jentera parti di semua peringkat.

Himpunan ini akan diadakan dalam suasana semua pihak menggembleng tenaga dan sokongan bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap parti yang bakal menerajui negara.

Himpunan ini juga satu medan mendekatkan diri sebagai makhluk Allah dengan rayuan, bermunajat dan menghambakan diri kepada Allah agar kemenangan Islam dapat dicapai dalam PRU ke 13.

Munajat kali ini adalah untuk agama, bukan bagi mencapai kepentingan diri dan peribadi. Munajat yang dapat diambil iktibar dari apa yang dipohon oleh Rasulullah dan para sahabat:

Al-Baqarah: 250

"Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir."

Himpunan atau ijtimak ini mampu menyerlah model himpunan paling baik untuk dinilai oleh rakyat. Rakyat boleh bandingkan dengan Himpunan Sejuta Belia yang dicemari dengan pelbagai perkara tidak senonoh, malah mengakibatkan kemalangan dan kecederaan akibat keghairahan manusia bagi menterjemahkan keegoan dan kesombongan.

'Anak jagaan JKM tiada status warganegara' Seramai 1758 Yang Keluar Tanpa Warganegara, Kenapa?? Jom Terjah...

Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak), Muhammad Khairul Hafiz Abdullah mendakwa seramai 1,758 individu yang keluar daripada pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masih tidak mendapat status warganegara.

Beliau menyalahkan JKM yang didakwa tidak menjalankan tanggungjawab sehingga menyebabkan  anak-anak bekas jagaan jabatan tersebut hanya mendapat status pemastautin sementara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.